SEPERTI kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, Johor Darul Ta'zim (JDT) tampil dengan jersi baharu apabila corak dan warna kit pasukan itu dilihat lebih 'fresh' dan 'modern' untuk musim depan bagi sang juara Harimau Selatan.
Selepas beberapa tahun dikritik oleh peminat kerana corak 'copy and paste' ditampilkan pasukan itu, JDT tampil lebih garang pada musim ini dengan kehadiran jersi 'away' berwarna putih serta jalur merah di bahagian kolar baju.
Penyokong JDT turut bersetuju di ruangan komen apabila jersi terbaharu mereka mirip pasukan kendalian Xavier Hernandez yang menghuni tangga kedua La Liga ketika ini.
BACA LAGI: 'Dah jadi Presiden kita jumpa bincang', TMJ jawab 'carutan' Gerard Pique
Pengumuman pada Rabu malam itu juga menjawab persoalan peminat yang sebelum ini tertanya-tanya dengan hint yang diberikan pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim yang sinonim dengan panggilan TMJ apabila seolah-olah mengundang pertanyaan legenda Barcelona, Gerard Pique sebaik memakai jersi Real Madrid yang dikongsikan di Instagram baginda.
"WTF?" soal Pique sebelum dijawab semula TMJ: "Dah jadi Presiden kita jumpa bincang."
Umum mengetahui keakraban antara TMJ dan Pique, jadi tidak mustahil jersi baharu JDT yang seakan-akan The Catalan kali ini bakal memastikan adrenalin peminat Harimau Selatan kekal mencanak sehingga penghujung musim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram