Bekas bintang JDT kini jadi 'supplier' akademi Harimau Selatan di Terengganu


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Skuad Piala Presiden JDT. — Facebook/JDT

BEKAS pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Izham Tarmizi kini sudah melakukan persiapan rapi untuk kelangsungan karier selepas bersara bermain bola sepak apabila menjadi sebahagian daripada pencari bakat akademi Harimau Selatan.

Sudah memasuki usia 33 tahun, tidak pelik jika Izham menjadi sebahagian daripada barisan staf JDT selepas dia pernah berkhidmat bersama pasukan itu selama sembilan tahun.

Izham yang kini mewakili Sri Pahang FC akan mengendalikan kem pencarian bakat Akademi JDT di Terengganu untuk memperluaskan pelatih buat skuad Harimau Selatan itu.

Menerusi perkongsian di media sosial, akademi JDT membuka kuota pencarian pemain muda khas buat anak kelahiran Terengganu.

Program pencarian bakat muda bola sepak Akademi JDT itu akan dibuka untuk kanak-kanak berusia 12 sehingga 16 tahun bagi mencuba nasib menjadi pelapis skuad utama Harimau Selatan.

BACA LAGI: Pernah minta bantuan KBS, TMJ penyelamat karier Hafizh Syahrin

22d2d144-42d1-44f1-88d5-b317af372518

Akademi JDT membuka peluang anak muda kelahiran Terengganu untuk menyertai Harimau Selatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu 'try hard' guna orang putih suntik DNA baharu — Pemerhati

JDT melihat Terengganu sebagai destinasi yang banyak melahirkan bakat-bakat baharu seperti Safawi Rasid, Azam Azmi dan beberapa anak jati negeri itu mewakili Harimau Malaya.

Sebelum ini, JDT menyambar pemain cilik Terengganu, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi selepas tular di media sosial menampilkan aksinya yang cukup tenang dan lincah mengawal bola berhadapan dengan pemain yang lebih berusia.

Muhammad Aqil merupakan anak kepada lagenda futsal Terengganu, Shamsul Aswadi pernah menjalani latihan dibawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan kini cemerlang bersama skuad Akademi JDT.

Baru-baru ini, Muhd Aqil berjaya membantu JDT Bawah-15 Tahun (B-15) menewaskan Akademi Barcelona Singapura dengan keputusan 3-0 dalam Singapore Youth League 2024 baru-baru ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram