Ambil langkah berjaga-jaga, PSM utamakan keselamatan elak insiden pemain bola berulang


  • Podium
  • Rabu, 08 Mei 2024

Barisan pemain Malaysia yang menggalas tugas untuk mewakili Piala Dunia Sepak Takraw 2024. — Facebook/PSM

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan memuji barisan skuad sepak takraw kebangsaan yang baru sahaja diperkenalkan dalam Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Skuad Sepak Takraw Kebangsaan.

Sumali berkata, dia memuji barisan pemain Malaysia yang dipilih akan mewakili Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

"Alhamdullilah, selesai lagi satu bab yang mana kita sudah memperkenalkan barisan pemain Malaysia yang akan mewakili Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dan melancarkan jersi rasmi pasukan negara.

BACA LAGI: Belum ada senarai akhir pemain, Selangor tetap sasar 2 emas sepak takraw SUKMA 2024

BACA LAGI: Sistem 15 mata luaskan peluang, sasaran final Piala Dunia berpatutan — Ahmad Jais

WhatsApp Image 2024-05-08 at 23.21.26

Sumali memuji barisan pemain Malaysia yang dipilih akan mewakili Piala Dunia Sepak Takraw 2024. Facebook/PSM

"Ini adalah barisan yang mantap, barisan yang sudah pun dipilih dari yang terbaik dan kita kena berikan sokongan penuh kerana ini merupakan gandingan bersama pemain senior berpengalaman dan pemain muda.

"Kita doakan agar tiada halangan daripada peringkat kumpulan dan Insya-ALLAH kita fokus semi dan separuh akhir," katanya kepada Majoriti dalam Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Skuad Sepak Takraw Kebangsaan pada Rabu.

Tambahnya lagi, skuad negara mempunyai kelebihan untuk meraih gelaran juara bagi ketiga-tiga acara tersebut dengan 15 mata yang diperkenalkan.

"Acara double paling mencabar ketika ini kerana ada beberapa negara yang mempunyai kelebihan dalam acara tersebut.

"Saya amat positif kepada pemain Malaysia kerana ini kali pertama 15 poin digunakan dalam kejohanan kali ini.

"15 poin beri peluang kepada semua dan tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pasukan pun sebab boleh break momentum tekong.

"Ia sedikit memberi peluang kepada skuad negara untuk menggunakan peluang yang ada di samping bermain di gelanggang sendiri," jelasnya.

Tambahnya lagi, kehadiran penyokong dijangka mampu memberi suntikan semangat kepada pemain negara untuk meraih keputusan positif.

"Kehadiran penyokong tanah air dijangka mampu memberi suntikan semangat kepada pemain negara dan saya positif kita akan membuat kejutan dan meraih apa kita nak.

"Setakat ini sasaran kita ke final dan tak mustahil kalau kita boleh jadi juara bagi ketiga-tiga acara," kongsinya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai insiden yang menimpa beberapa pemain kebangsaan ketika ini, Sumali berkata, pihaknya mahu mengambil langkah berjaga-jaga.

"Saya juga menitikberatkan tentang keselamatan ekoran daripada apa yang berlaku walaupun mungkin tak effect kepada kita tapi kita mengutamakan keselamatan.

"Setiap tempat kita ada mengambil ciri keselamatan termasuklah di tempat penginapan, kita akan tingkatkan lagi keselamatan supaya tidak ada apa-apa insiden berlaku," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram