KEJOHANAN Sukan Malaysia (SUKMA) menjadi pentas buat setiap negeri membuktikan bahawa mereka memiliki barisan atlet pelapis terbaik.
Johor menjadi juara keseluruhan bagi tahun lalu setelah meraih 172 pingat dengan 77 daripadanya merupakan pingat emas dengan ia pastinya diraikan penduduk negeri itu.
Diam tidak diam, kontinjen Selangor juga kini dalam persiapan rapi bagi menghadapi temasya SUKMA ke-21 di Sarawak yang akan bermula pada 17 hingga 24 Ogos ini.
BACA LAGI: Tomi belum tekan butang panik, 2 nama disebut jadi pengganti sementara Akhyar Rashid
Nizam menyasarkan satu emas untuk kategori lelaki dan satu emas untuk wanita bagi acara sepak takraw. — Facebook/MSNS
BACA LAGI: [VIDEO] Aksi sengit liga tertangguh seketika, pengadil tinggalkan padang angkara sakit perut
Secara keseluruhannya, terdapat 37 jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya SUKMA 2024 kali ini termasuk 28 acara sukan wajib.
Acara sepak takraw antara pertandingan yang turut dipertandingkan dalam kejohanan SUKMA 2024.
Bercakap mengenai acara sepak takraw tersebut, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi berkata, setakat ini atlet bagi sukan berkenaan dalam persiapan rapi.
"Sehingga hari ini persiapan berada dalam keadaan yang baik.
"Termasuklah dari segi latihan dan kejohanan pendedahan dengan kekerapan latihan dan menyertai kejohanan pendedahan untuk mempersiapkan pasukan yang terbaik kali ini," katanya kepada Majoriti.
Ditanya mengenai perkembangan atlet sepak takraw yang sudah dipilih mewakili Selangor di Sarawak nanti, Nizam berkata, setakat ini senarai akhir atlet sukan tersebut belum diputuskan.
"Setakat ini perkembangan yang sangat baik bagi atlet sepak takraw yang masih dalam senarai panjang sebelum sesi pemilihan untuk senarai akhir atlet yang akan dibawa ke SUKMA nanti," kongsinya.
Dalam masa yang sama, Nizam berharap agar pasukan sepak takraw Selangor meraih keputusan positif dalam empat acara yang dipertandingkan iaitu team, double, regu dan kuadran.
"Bagi sukan sepak takraw kita akan menyertai kedua-dua kategori lelaki dan wanita dalam acara team, double, regu dan kuadran.
"Kita target satu emas untuk event lelaki dan satu emas untuk event wanita," jelasnya.
Nizam juga turut berkongsikan sedikit persiapan keseluruhan kontinjen Selangor ketika ini menjelang temasya SUKMA di Sarawak.
"Negeri Selangor akan menyertai kesemua 37 jenis sukan pada kejohanan SUKMA.
"Setakat ini kesemua jenis sukan sedang dalam latihan intensif bagi mempersiapkan pasukan masing-masing menjelang tarikh akhir untuk menyenaraikan senarai pendek atlet sebelum ke Sarawak.
"Persiapan kontinjen adalah sangat baik dan mengikut jadual seperti yang telah dirancangkan. Penumpuan diberikan kepada sukan yang menjadi sasaran utama untuk mendapatkan pingat.
"Persiapan termasuklah persediaan fizikal dan kecergasan, mental dan psikologi bagi memastikan atlit bersedia sepenuhnya," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram