MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid Ahad lalu ketika ini sudah memberikan respons yang baik.
Menurutnya, pemain sayap kebangsaan itu kini memberi maklum balas yang positif.
Saifuddin berkata, menariknya mengenai perkembangan terkini Faisal, dia tetap berusaha mahu berinteraksi walaupun dengan pandangan mata sahaja.
BACA LAGI: FAM bimbang Arif Aiman jadi 'target' seterusnya
BACA LAGI: Polis cari Muhammad Imran Suresh, dakwa ada maklumat dalang kes serangan Faisal Halim
Keadaan awal Faisal Halim selepas mengalami serangan asid pada Ahad lalu.
"Saya dapat tengok pandangan mata Faisal yang mahu berinteraksi dengan kami.
"Hannah ada beri isyarat shape love yang membawa maksud ramai yang kini bersama-sama berjuang dengannya.
"Saya pula beri isyarat doa bahawa seluruh rakyat Malaysia kini bersama-sama mendoakannya. Dia akan terus kuat, Insya-ALLAH," katanya selepas ditemui di hospital pada Rabu.
Pada masa sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut berkongsikan perkembangan tonggak Selangor FC itu.
"Tentu sedih melihat keadaan dia tetapi saya juga yakin Tuhan masih sayang Faisal sebab dia masih ada peluang bagus untuk recovery.
"Renungan mata dia masih sama walaupun dia terlantar atas katil tapi mata dia menunjukkan dia positif.
"Setiap kali kita senyum dan tunjuk heart shape, dia mengangguk tanda faham," katanya.
Terdahulu, Faisal atau dikenali sebagai Mickey itu disimbah asid ketika membawa keluarganya ke salah satu pusat beli belah di Kota Damansara sehingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Mickey kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram