PIHAK Institut Sukan Negara (ISN) memberi jaminan akan menanggung sepenuhnya kos pemulihan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim yang mengalami kecederaan akibat disimbah asid.
Pada masa sama, ISN berazam untuk memastikan Faisal akan kembali semula beraksi semula sebaik saja dia telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilaporkan berkata, buat masa sekarang tumpuan Faisal adalah untuk kembali pulih terlebih dahulu sebelum turun semula ke padang beraksi.
BACA LAGI: 'Untuk psikologi, biarkan sahaja dahulu Faisal, Akhyar'
Hannah berkata ISN akan rangka program khas bantu pemulihan Faisal. — Facebook/Hannah Yeoh
BACA LAGI: Tak lupa kawan lama, bekas import Sri Pahang doakan Faisal Halim
"Saya nak Faisal fokus kepada rawatan dan pemulihan dan tidak risaukan bila dia boleh kembali ke bola sepak atau mana-mana pertandingan.
"Saya nak dia tahu yang dia bukan saja dihargai oleh pihak kerajaan, tetapi seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakannya," kata Hannah.
Hannah menyatakan yang ISN akan merangka satu program khas untuk membantu proses pemulihan Faisal sebelum dia boleh kembali beraksi di padang kelak.
Dibantu oleh pakar dalam sains sukan, Hannah yakin Faisal boleh kembali beraksi dan berjuang untuk Malaysia.
"Kami akan mencipta program khusus dan berstruktur untuk Faisal merangkumi fisioterapi, senaman psikologi, strength and conditioning, sokongan psikologi dan pemakanan.
"Kami akan susun semua elemen ini supaya dia boleh kembali semula ke bola sepak," ujar Hannah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram