SELEPAS kejadian menimpa pemain Selangor FC, Faisal Halim, keselamatan para pemain Gergasi Merah berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Bukan saja pemain, malah pegawai mereka turut menjadi sasaran dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon dan jurulatih, Nidzam Jamil menjadi sasaran.
Memetik laporan The Star, seorang pegawai telah menyampaikan maklumat kepada Johan yang dia bakal menjadi mangsa seterusnya selepas pergi melawat Faisal di sebuah hospital swasta dekat Damansara.
BACA LAGI: Bekas menteri kantoi belasah isteri 8 jam sampai mati di restoran milik saudara
Faisal disimbah asid di pusat membeli belah dekat Damansara, Selangor. — Facebook
BACA LAGI: Tak lupa kawan lama, bekas import Sri Pahang doakan Faisal Halim
Dalam masa yang sama, timbul dakwaan yang insiden simbah asid terhadap Faisal serta ancaman yang sedang ditujukan kepada Johan dan Nidzam itu merupakan sebahagian daripada cara menganggu persiapan skuad Selangor.
Sebuah akaun di laman X (Twitter) bernama Ismael Wong mendakwa tindakan tersebut dilakukan untuk merencatkan persiapan Selangor berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan Sumbangsih 10 Mei ini.
"Kes Faisal Halim ini nak psycho dan ganggu persiapan kelab (untuk) perlawanan sumbangsih. Pihak sana tengah struggling dengan pemain import scam. Penyerang 100 gol setakat sembang saja dalam video tapi tak cukup cergas.
"Dulu Tan Cheng Hoe kira senang untuk dikawal, tapi sekarang Nidzam Jamil susah nak dikawal," dakwa akaun tersebut.
Dalam dakwaan tersebut, ia turut mengatakan yang perlawanan tersebut berkemungkinan boleh berakhir dengan keputusan seri atau menang tipis memihak JDT.
Dalam masa yang sama, Faisal dilaporkan selamat menjalani pembedahan selama empat jam namun begitu keadaannya belum didedahkan sepenuhnya kepada pihak umum.
Malah, rakan sepasukan Faisal yang terus berlatih di Pusat Latihan FAS, Shah Alam dikawal ketat oleh pegawai marshall yang memastikan keselamatan premis tersebut pada tahap tertinggi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram