PUTERA Raja Arab Saudi, Mohammed bin Salman dilaporkan telah menjadi sasaran oleh pembunuh upahan dalam sebuah rakam video yang tular.
Menurut video yang tular di laman X (Twitter) itu, Mohammed dilaporkan telah diserang di Riyadh, Arab Saudi sewaktu dalam perjalanan bersama-sama beberapa pegawai tertinggi negara tersebut.
Tindakan penyerang kerabat diraja Saudi itu dilihat cukup berani kerana ketika itu, Mohammed dikawal ketat oleh konvoi pengawal keselamatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita pengsan kena lempar bola boling dalam pergaduhan di Miami
BREAKING:
Arab sources are reporting an ASSASSINATION attempt against Saudi Crown Prince Mohammed bin Salman pic.twitter.com/mKUjmwLnur
— ADAM (@AdameMedia) May 7, 2024
BACA LAGI: Kastam Thailand tingkatkan denda 2 kali ganda kekang jualan e-rokok kepada remaja
Laporan turut menyatakan yang serangan oleh pembunuh upahan itu dilakukan dengan cara mengebom kereta dinaiki Mohammed. Dalam rakaman yang tular menyaksikan sebuah kenderaan terbakar di tepi jalan.
Perkara itu menyebabkan pihak polis memenuhi kawasan kejadian dengan sehingga kini identiti pihak bertanggungjawab masih tidak dapat dinyatakan.
Namun begitu, laporan tersebut menimbulkan tanda tanya kerana tiada kesahihan diperoleh. Malah, pihak media antarabangsa dilihat berdiam diri berkaitan serangan tersebut.
Dakwaan tersebut dinafikan dengan mengatakan ia adalah tuduhan tidak berasas kerana tiada bukti kukuh mengatakan kerabat diraja Arab Saudi itu menjadi sasaran bunuh.
Disebabkan itu, timbul pelbagai spekulasi yang tersebar di media sosial berkenaan kejadian tersebut, selain ada yang mendakwa insiden itu palsu.
Lebih mengejutkan, ada pihak yang mengaitkan kejadian ini terkait dengan penglibatan ejen perisikan Israel iaitu Mossad yang mahu membunuh Mohammed.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram