[VIDEO] Amaran tsunami, penerbangan MAS batal ekoran letusan Gunung Ruang


  • Massa
  • Khamis, 18 Apr 2024

Gunung Ruang di Indonesia meletus lebih daripada tiga kali sejak Rabu. — Agensi

PENERBANGAN Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur menuju Sabah dan Sarawak terpaksa dibatalkan kerana gangguan yang melanda akibat letusan di Gunung Ruang, Indonesia.

Sebanyak 19 penerbangan dari dan menuju ke Sabah dan Sarawak telah pun dibatalkan oleh pihak Malaysia Airlines. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka, 11 daripadanya adalah dari atau menuju ke Sabah.

Sementara baki penerbangan yang dibatalkan adalah sama ada dari atau menuju ke Sarawak. Berikut adalah senarai penerbangan yang terjejas:

Dari atau menuju ke Sabah:

  • MH7420 (KUL-TWU)
  • MH7421 (TWU-KUL)
  • MH2612 (KUL-BKI)
  • MH2621 (BKI-KUL)
  • MH2710 (KUL-SDK)
  • MH2711 (SDK-KUL)
  • MH2610 (KUL-BKI)
  • MH2611 (BKI-KUL)
  • MH7404 (KUL-BKI)
  • MH7405 (BKI-KUL)
  • MH2613 (BKI-KUL)

Dari atau menuju ke Sarawak:

  • MH2520 (KUL-KCH)
  • MH2513 (KCH-KUL)
  • MH2542 (KUL-KCH)
  • MH2543 (KCH-KUL)
  • MH2574 (KUL-MYY)
  • MH2575 (MYY-KUL)
  • MH2742 (KUL-BTU)
  • MH2473 (BTU-KUL)

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Malaysia Airlines, mereka sedaya upaya untuk memastikan para penumpang yang terkesan dapat menikmati perjalanan ke destinasi pilihan.

BACA LAGI: Ibu tunggal pesalah khalwat pertama dihukum rotan di Terengganu

BACA LAGI: Anak Ketua Polis Daerah Lahad Datu maut tertembak pistol bapa, pakar psikologi syor program intervensi krisis

"Pada masa yang sama, pihak penerbangan sedang berusaha membantu penumpang yang terjejas dengan pembatalan penerbangan dengan mengatur penerbangan alternatif sebaik saja keadaan semakin pulih.

"Para penumpang diminta untuk mengemaskini butiran melalui My Booking di laman sesawang Malaysia Airlines untuk menerima info terkini dari masa ke masa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel," kata Malaysia Airlines.

Selepas Gunung Ruang meletus pada Selasa, pihak Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) telah mengeluarkan amaran tsunami. Dilaporkan, gunung tersebut telah meletus lebih daripada tiga kali.

Ratusan penduduk yang menetap di Kepulauan Sitaro telah pun dipindahkan ke pesisir timur Pulau Tagulandang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram