Ketua Polis Lahad Datu antara individu disiasat berhubung kematian anak, belum pasti digantung tugas


  • 112
  • Ahad, 21 Apr 2024

Jauteh berkata, siasatan juga masih belum dapat membuat sebarang kesimpulan sama ada kes itu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.

POLIS kini masih dalam proses menjalankan siasatan berhubung kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan lanjut itu turut melibatkan ketua polis daerah itu sendiri.

“Siasatan sedang dijalankan terhadapnya kerana dia yang memiliki senjata api itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Papar dan DUN Kawang di Papar, Sabah pada Ahad.

2650016

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

Jauteh berkata, siasatan juga masih belum dapat membuat sebarang kesimpulan sama ada kes itu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.

"Itu perkara yang kami belum dapat membuat keputusan. Kami belum membuat keputusan muktamad sehingga ada laporan penuh mengenai hasil siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis juga belum memutuskan sama ada ketua polis daerah itu akan digantung tugas kerana siasatan masih diteruskan.

Pada 16 April lalu, anak perempuan kepada Dzulbaharin berusia 14 tahun ditemui berlumuran darah di dalam bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu dipercayai akibat tertembak diri sendiri secara tidak sengaja di sebelah kanan dada.

Susulan daripada itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah DCP Datuk Shahurinain Jais berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Lahad Datu mendapati hanya terdapat satu kesan tembakan pada badan mangsa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram