Anak KPD Lahad Datu mati tertembak, polis tolak unsur cuai, pistol disimpan tempat berkunci


  • 112
  • Khamis, 18 Apr 2024

Gadis perempuan berusia 14 tahun tersebut ditemui berlumuran darah di dalam salah sebuah bilik di rumahnya. — Gambar hiasan

SIASATAN awal polis mendapati senjata api digunakan dalam kes kematian anak perempuan kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu disimpan dalam tempat berkunci.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pistol terbabit dipercayai disimpan di dalam almari bilik utama kediaman itu.

Beliau berkata, siasatan ketika ini tertumpu kepada dua aspek iaitu kecuaian penyimpanan dan kecuaian penggunaan senjata api berkenaan.

“Siasatan juga menjurus kepada kecuaian penyimpanan senjata api berkenaan, namun buat masa ini tidak timbul isu kecuaian daripada aspek itu.

“Ini kerana siasatan mendapati senjata itu disimpan di dalam almari yang berkunci dalam bilik utama kediaman itu.

“Mangsa anak bongsu dan biasa dengan bilik itu, belum pasti bagaimana dia boleh membuka almari berkenaan, mungkin ada terjumpa kunci,” katanya memetik laporan Buletin TV3 pada Khamis.

Kota Kinabalu District Police Chief ACP Jauteh Dikun (left) showing the knuckles dusters which is one of the seized items from the suspects during press conference in Kota Kinabalu yesterday. Looking on is District Crime Officer DSP Azizul (right). (May 23)(NORMIMIE DIUN/The Star)

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Pada masa sama, Jauteh berkata, pistol jenis Walther P99 itu yang dirampas selepas kejadian merupakan pistol pasukan dibekalkan kepada KPD Lahad Datu dan bukan pistol peribadi.

Pada Selasa lalu, anak perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik rumahnya pukul 12.42 tengah hari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mayat mangsa yang dipercayai tidak senjaga tertembak diri sendiri ditemui oleh kakaknya yang baru pulang dari sekolah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram