Togok arak dan hisap shisha, bekas bintang Liga Super antara ‘Awang Hitam’ dicekup Imigresen di Puchong


  • 112
  • Sabtu, 04 Mei 2024

Seramai 22 orang warga asing termasuk bekas bintang Liga Super ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di Puchong pada Jumaat. — Imigresen

BEKAS bintang import Liga Super antara 22 warga asing yang ditahan pihak berkuasa dalam Op Kutip yang dijalankan di Puchong, Selangor pada Jumaat.

Dalam operasi yang bermula pukul 11.30 malam itu, seorang pemain Liga Super berusia 34 tahun dari Nigeria itu ditangkap oleh Jabatan Imigresen selepas menerima aduan oleh orang awam.

Pemain tersebut yang kini tidak terikat dengan mana-mana kelab ditangkap di Jalan Puchong Mesra selepas pihak Imigresen menyerbu sebuah premis yang dipercayai menjadi tempat mereka berkumpul dan menganggu ketenteraman awam.

BACA LAGI: [VIDEO] Ubun-ubun Akhyar Rashid koyak 4 sentimeter, rugi RM5,000 disamun dua lelaki misteri pakai hoodie — Polis Terengganu

WhatsApp Image 2024-05-04 at 10.38.26

Jafri sahkan seorang bekas pemain Liga Super ditahan pihak Imigrsen. — Agensi

BACA LAGI: Mekanik maut, rakan parah akibat tayar jentolak meletup di Sungai Buloh

Mereka dikatakan bersosial, berhibur serta minum minuman keras secara terbuka sambil menghisap shisha.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha dilaporkan berkata, operasi yang dilaksanakan pihaknya diadakan selepas melakukan intipan selama sebulan.

Seramai 109 pegawai dan anggota Imigresen Kuala Lumpur telah berjaya menahan 22 warga asing termasuk dua kanak-kanak sewaktu operasi dijalankan.

Semasa serbuan dilakukan, ada di antara mereka yang bertindak melakukan perkara berbahaya seperti cuba melakukan provokasi dan bertindak agresif terhadap pihak Imigresen.

Tambah Taha lagi, kesemua yang ditahan didapati masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan pas belajar dan mereka telah dibawa ke Pejabat Jabatan Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Kesemua 22 yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959 pindaan 1963. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram