DUA individu tidak dikenali dipercayai suspek yang menyerang pemain pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid berhampiran sebuah kondominium di Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis bermotifkan samun kini diburu polis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor dilaporkan berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa baru tiba di kawasan kediamannya, selepas selesai sesi latihan bola sepak di stadium di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
BACA LAGI: Sambutan hari jadi bertukar tragedi, Eyka Farhana temani Akhyar Rashid dapatkan rawatan di hospital
Akhyar (gambar) parah selepas disamun dua lelaki tidak dikenali pada Khamis
BACA LAGI: [VIDEO] Akhyar kena samun di Kuala Terengganu, dipercayai kena pukul dengan cota
Azli berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami pendarahan di ubun-ubun selepas terdapat koyakan kecederaan kira-kira empat sentimeter (cm) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.
Katanya, mangsa menerima empat jahitan di bahagian ubun kepala serta dua jahitan di bahagian kaki kiri selain mengalami bengkak di lengan kiri.
"Kejadian menyebabkan mangsa menanggung kerugian hampir RM5,000 dan setakat ini, kita percaya kejadian bermotifkan samun.
"Usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan," katanya.
Berdasarkan video yang tersebar dalam media sosial termasuk Facebook dan WhatsApp, pemain kelahiran Kedah itu dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.
Menurut maklumat yang diterima, Akhyar atau lebih mesra dipanggil Mat Yat cedera di bahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.
Azli Mohd Noor berkata, mangsa dipercayai diserang suspek yang tidak dikenali sebaik turun dari kenderaan di kawasan di lokasi kejadian.
"Dalam kejadian itu, suspek yang memakai 'mask' dan menutup kepala dengan baju hoodie itu juga dipercayai memukul mangsa menggunakan besi yang boleh laras.
"Suspek kemudian mengambil beg duit mangsa yang disimpan dalam beg bimbit dipegang oleh mangsa sebelum beredar dari lokasi kejadian menaiki sebuah kenderaan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram