Pembatalan kes rasuah RM11.6 juta, Mahkamah Tinggi tolak permohonan Guan Eng dan isteri


Keputusan terhadap Guan Eng dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rofiah Mohamad.

MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk membatalkan tuduhan rasuah terhadap mereka.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rofiah Mohamad pada Jumaat membabitkan kes projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.

Mahkamah menetapkan 26 Julai ini untuk pengurusan kes.

BACA LAGI: Mahkamah teliti kenyataan saksi utama kes rasuah Lim Guan Eng

2674902

Guan Eng (tengah) dan Chew (kiri) ketika tiba di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

BACA LAGI: Fitnah Guan Eng, polis rakam keterangan Siti Mastura pada Isnin

Pada 2023, peguam mewakili Lim, RSN Rayer memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa satu permohonan sudah dibuat untuk kes itu digugurkan.

Menurutnya, pihak pendakwa menggunakan bukti daripada kes jenayah lampau melibatkan urusan jual beli sebuah banglo dibuat ahli politik itu di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.

Kes itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth.

Berdasarkan kes rasuah bernilai RM11.6 juta, Lim didakwa menyalurkan dana sebanyak RM372,009 kepada Chew menerusi Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd untuk memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd diberikan projek berkenaan.

Kesalahan itu difahamkan dilakukan antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016 ketika Lim merupakan pengerusi pengurniaan tender di Koperasi Pembangunan Penang.

Phang didakwa atas kesalahan bersubahat dengan Lim di bawah Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM sementara Chew didakwa atas tiga pertuduhan penggubahan wang haram di tiga akaun berbeza. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram