LANDSKAP permainan video pada hari ini sudah banyak berubah apabila segmen itu menjadi pengisi masa lapang seseorang.
Sudah tentu ramai yang lebih memilih untuk meluangkan masa bermain permainan video dengan cara yang mudah.
Sebelum ini, ramai penggemar permainan video bola sepak lebih banyak meluangkan bermain di depan konsol atau komputer namun kini semuanya berubah mengikut peredaran zaman.
FIFA atau kini lebih dikenali sebagai EAFC menjadi pilihan orang ramai di setiap pelosok benua. — Agensi
Pengguna hari ini tidak hanya meluangkan masa di depan permainan konsol sebaliknya setiap orang sudah memiliki telefon pintar yang boleh melancarkan aplikasi permainan mudah alih di mana juga tanpa mengira lokasi.
Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga permainan video yang boleh diakses hanya dengan menggunakan telefon pintar.
1. Dream League Soccer (DLS)
Setiap peminat bola sepak pastinya lebih mengetahui permainan yang menjadi pilihan orang ramai.
Antara kelebihan utama Dream League Soccer adalah pemain bebas mengganti logo dan kit sesuka hati.
BACA LAGI: Misi cabar musim 23/24, JDT|GBX Esports bernafsu buru pemain, jurulatih baharu
eFootball menjadi salah satu pilihan utama bagi peminat sukan itu dalam negara. — Agensi
Bukan itu sahaja, sebagai pemain, kita bebas menentukan logo dan jersi pasukan yang kita mainkan.
Malah, permainan video berkenaan mudah dimainkan hanya dengan menggunakan telefon pintar.
2. FIFA
FIFA dikenali sebagai FIFA Football atau FIFA adalah siri permainan video bola sepak yang menjadi pilihan remaja.
Bukan itu sahaja , FIFA memberi peluang kepada mreka yang kurang handal dalam bermain bola sepak untuk menunjukkan kebolehan mereka.
FIFA antara permainan video yang kini popular apabila boleh dimainkan hanya dengan menggunakan telefon bimbit.
Meskipun hanya bermain menggunakan telefon pintar namun pemain dilihat mudah untuk mengawal permainan bola sepak dengan baik.
3. eFootball
Permainan video berasaskan bola sepak, eFootball menjadi salah satu pilihan utama bagi peminat sukan itu dalam negara.
Dream League Soccer (DLS) adalah pelopor permainan video bola sepak. — Agensi
Ia kerana mengakses eFootball kini semakin dikenali dalam negara kerana lebih memudahkan untuk orang ramai.
Landskap positif berkenaan pastinya memberi platform bagi mengasah bakat-bakat baharu yang sekali gus mampu melahirkan lebih ramai atlet dalam permainan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram