Berbekal pengalaman di Rusia dan import Indonesia, DaddyHood optimis HomeBois mampu dominasi MPL MY


  • eSports
  • Sabtu, 16 Mac 2024

DaddyHood pasti sudah tahu akan kelemahan dan kekuatan pasukannya menjelang musim baharu MPL pada hujung bulan ini. — MyGameOn

DEBARAN kini semakin dirasakan penggemar permainan video atas talian, Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) menjelang saingan MPL Malaysia musim ke-13.

Juara bertahan, HomeBois pastinya menjadi pilihan utama untuk memenangi kejuaraan buat tahun kedua berturut-turut melihat kepada pemain dimiliki ketika ini.

Meskipun terdapat pencabar lain seperti Todak dan Red Giants Esports, pengalaman dimiliki HomeBois dalam saingan Kejohanan Dunia Siri ke-5 (M5) sudah cukup meletakkan mereka di tahap berbeza.

Pemilik pasukan, Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai DaddyHood juga bersikap yakin akan kemampuan juara MPL MY S-12 itu bagi saingan akan datang.

"Saya sangat optimis melihat kepada persiapan kita dan juga kemasukan pemain kerana kami ambil mereka yang lebih berkualiti.

BACA LAGI: Homebois realistik boleh jadi big 3, Team SMG elak ulang silap sama

OES 1600 x 900 - 1

HomeBois berjaya muncul juara MPL MY buat kali pertama musim lalu. MyGameOn

"Keputusan kami baru-baru ini di Rusia juga kelihatan sangat positif. Jadi, saya optimis untuk kekalkan gelaran juara untuk musim ke-13 ini," katanya kepada Majoriti.

Februari lalu, HomeBois menyertai saingan Game of the Future yang diadakan di Kazan, Rusia dengan mereka melangkah ke peringkat suku akhir sebelum tewas di tangan wakil dari Filipina, AP Bren.

Kedudukan akhir itu membuktikan bahawa HomeBois sudah melakukan persiapan terbaik dalam misi mengekalkan gelaran MPL buat tahun kedua.

Tambah DaddyHood, tekanan tidak begitu dirasai pasukannya meskipun harapan tinggi diletakkan peminat untuk melihat mereka meneruskan prestasi cemerlang.

BACA LAGI: Homebois lupakan kepahitan M5, semangat JDT iringi perjalanan musim 2024

20231206_M5_GROUP-STAGE-DAY-05_MATCH-02_HB-VS-DEVU_GAME-01_029-1

HomeBois meraih pengalaman cukup berharga ketika bersaing dalam Kejohanan M5 tahun lalu. MyGameOn

"Kami sentiasa mahu letakkan diri sendiri dalam keadaan tidak selesa supaya tidak berasa terlalu senang. Tetapi, dari segi rasai tekanan, saya beranggap tiada tekanan kerana kita tahu kemampuan kita.

"Jika tanya saya manakah pasukan yang akan beri saingan untuk musim ini, saya nampak Red Giant Esports dan Todak. Tetapi, ini tidak bermakna mereka yang lain tidak kuat," katanya lagi.

Dalam saingan MPL MY S-13, HomeBois akan berwajah baharu dengan bekas pemain RED Esports MY, Akmal Rozali yang juga dikenali sebagai Mal menyertai pasukan itu.

Selain itu, HomeBois turut membawa masuk import dari Indonesia, Udil atau nama sebenarnya, Julian Ardiansyah yang sebelum ini mewakili Alter Ego di negara kelahirannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram