Cuba atur perlawanan MPL, Dominus digantung setahun


  • eSports
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Permainan e-sports tanah air dicemari dengan pelanggaran serius terhadap integriti dan profesionalisme.

PADA Jumaat, MPLMY mengumumkan salah seorang pemain dari Bountee Esports dilarang daripada menyertai mana-mana kejohanan rasmi Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB).

Nik 'Dominus' Muhyyiddin digantung selama setahun berkuat kuasa serta-merta kerana cubaan mengatur perlawanan dan menghadapi dua pertuduhan cuba memberikan insentif kewangan kepada pemain Bountee Esports untuk tewas dengan sengaja dalam perlawanan MPL MY musim 13.

Susulan itu, Dominus tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan yang dianjurkan Moonton Games bermula 19 April 2024 sehingga 18 April 2025.

Mengikut buku peraturan Moonton (12.2.14), tiada ahli pasukan boleh menawarkan, bersetuju, berpakat atau cuba mempengaruhi keputusan permainan atau perlawanan dengan sebarang cara yang dilarang oleh undang-undang atau peraturan ini.

BACA LAGI: Berjaya pikat hati Kim Swee, Haris Stamboulidis sah import terakhir Sabah FC

WhatsApp Image 2024-04-19 at 13.59.51

Salah seorang pemain dari Bountee Esports iaitu Dominus dilarang daripada menyertai mana-mana kejohanan rasmi Moonton Games. — Facebook/MPLMalaysia

BACA LAGI: Pengendali Harimau Muda ada ramuan baharu atasi Vietnam

Dalam kenyataan rasmi mereka, Moonton Games menekankan dasar toleransi sifar mereka mengenai penetapan perlawanan.

“Adalah penting bagi kami untuk meningkatkan usaha bagi landskap e-sukan negara tahun ini, dengan Malaysia bersedia untuk mengalu-alukan pasukan esports Mobile Legends: Bang Bang teratas sebagai tuan rumah Kejohanan Dunia M6,” tulisnya di Facebook.

Dominus mula bersaing dalam MPL MY/SG Musim 2 dengan Geek Fam, kekal bersama mereka sehingga Musim 9 apabila mereka tersingkir daripada liga selepas menamatkan saingan di tempat ke-9-10.

Dia kembali dalam MPL MY Musim 13 dengan Bountee Esports selepas pasukan itu memperoleh slot dalam kelayakan MPL MY. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram