Walaupun FAM 'bergolak' tapi Harimau Malaya tiada masalah — Faisal Halim


  • Podium
  • Khamis, 02 Mei 2024

Faisal (kiri) mengakui fokus Harimau Malaya cuma cari kemenangan di padang. — Agensi

PEMAIN sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim mengakui walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini sedang mengalami isu tetapi ia tidak memberi kesan kepada Harimau Malaya.

Menurut Faisal, fokus para pemain ketika ini hanya tertumpu untuk meningkatkan prestasi di dalam padang dan meraih semula kemenangan selepas berdepan beberapa keputusan tidak baik.

Sebelum ini, harapan Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tergendala seketika selepas tumpas kedua-dua perlawanan bertemu Oman.

"Jika ada apa-apa komen (mengenai prestasi pasukan) ia pasti datang daripada pihak atas. Kami sebagai pemain, bila diturunkan, kami akan main.

"Apa yang saya boleh katakan adalah Kim Pan-gon adalah yang terbaik dan Datuk Hamidin Mohd Amin menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin. Bila kami menang, tiada pun isu tetapi bila kalah semua akan muncul," kata Faisal.

BACA LAGI: Isu 'surat layang': FAM sedia buat laporan polis

79598e90-8e9f-11ed-b63d-8ef0a03d81ff

Faisal anggap Harimau Malaya tetap tiada masalah walaupun FAM dilanda isu. — Agensi

BACA LAGI: Surat layang dakwa ada kes jual barang, tidak hairan TMJ simpan jersi HM di stor JMF ketika jadi presiden

Faisal mengulas mengenai isu surat layang yang dikeluarkan oleh pihak dikenali sebagai Ultras FAM pada sehari sebelum Kongres FAM ke-60 diadakan pada 1 April lepas.

Dalam surat layang tersebut, diceritakan pelbagai perkara mengenai salah laku yang berlaku dalam Wisma FAM itu sendiri melibatkan beberapa individu tetapi ia tidak dipastikan sama ada benar atau tidak.

Usai tersebarnya surat layang itu, FAM terpaksa menjelaskan mengenai khabar angin mengatakan Pan-gon serta staf kejurulatihannya memilih untuk meletakkan jawatan daripada terus melatih Harimau Malaya.

Malah kini, telah timbul desakan oleh sesetengah pihak mahukan Hamidin untuk berundur sebagai presiden sebaik saja penggalnya berakhir pada 2025.

Malaysia perlu menang aksi berdepan Republik Kyrgyz serta Chinese Taipei pada Jun untuk memastikan peluang ke Piala Dunia serta Piala Asia masih menyala. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram