Tidak berminat jadi presiden, KJ harap FAM berubah


  • Podium
  • Jumaat, 26 Apr 2024

Khairy dikaitkan dengan jawatan sebagai Presiden FAM. — THE STAR

BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak bercadang untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) walaupun diberikan peluang.

Sebelum ini, nama Khairy disebut-sebut bakal menjadi pengganti Datuk Hamidin Mohd Amin apabila tempoh perkhidmatan presiden tersebut tamat pada 2025.

Akan tetapi, Khairy yang tidak lagi menjawat jawatan di dalam kerajaan atau terlibat bersama blok pembangkang selepas dia dipecat daripada Umno pada 2023.

Kini menjadi pengarah di Johor Darul Ta'zim (JDT), Khairy berasakan tiada ada keperluan untuknya kembali ke Kelana Jaya bagi bersama-sama badan induk bola sepak negara itu.

BACA LAGI: Tak kisah pemain nak kuningkan rambut, tapi pastikan 'perform' atas padang — Syed Adney

EXclusive interview with Youth and Sport Minister Khairy Jamaluddin  in Putrajaya.

Khairy pernah menjadi Timbalan Presiden FAM dari 2007 hingga 2010. — THE STAR/MOHD SAHAR MISNI

BACA LAGI: Piala Thomas: Usah pedulikan Indonesia, tepis cabaran Hong Kong dulu demi slot kalah mati

Tetapi, dia mengakui yang pentingnya perubahan perlu dilakukan oleh FAM supaya mereka dapat bergerak lebih ke depan sekali gus menjadikan Malaysia lebih kompeten dalam bola sepak.

"Saya tidak terfikir untuk kembali dalam FAM tapi pandangan peribadi saya sudah tiba masanya perlu ada perubahan dalam FAM," kata Khairy memetik ciapan pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam.

Dengan terdapat kelompok penyokong sudah mula muak dengan kepimpinan Hamidin, terdapat permintaan untuk wajah baharu yang lebih segar dan muda mengemudi FAM selepas ini.

Namun begitu, masih belum terdapat calon-calon sesuai yang menepati kriteria tersebut selain daripada Khairy. Untuk rekod, Khairy pernah berada dalam FAM sebagai timbalan presiden dari tahun 2007 hingga 2010.

Selepas disingkirkan oleh Umno, Khairy kini terkenal mengadakan siri podcast Keluar Sekejap bersama-sama Shahril Hamdan serta menjadi penyampai di salah sebuah stesen radio swasta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram