Khairul Azhari jawab pertikaian tunjuk bukti miliki Sarjana Eksekutif dari UMPSA


  • Politik
  • Ahad, 28 Apr 2024

Khairul Azhari melanjutkan pengajian melalui program profesional di bawah UMPSA Advanced dan menerima sarjananya pada majlis konvokesyen pada tahun 2021. — The Star

CALON Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Dr Ahmad Johari Mohamad yang menjalankan fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced berkata, Khairul Azhari melanjutkan pengajian melalui program profesional di bawah UMPSA Advanced dan menerima sarjananya pada majlis konvokesyen pada tahun 2021.

Dia menjelaskan, pemegang diploma boleh melanjutkan pengajian terus ke peringkat Sarjana Eksekutif di UMPSA dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan pengalaman kerja yang telah ditetapkan dan dengan syarat pemohon perlu melepasi Penilaian Pengiktirafan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (ROPE) di UMPSA.

BACA LAGI: Chegubard ditahan polis berhubung hantaran laporan kasino Forest City

Sijil

Khairul Azhari melanjutkan pengajian melalui program profesional di bawah UMPSA Advanced. — Sinar Harian

BACA LAGI: [VIDEO] Pelajar USIM dari Palestin lulus ujian meskipun kampung musnah dibom

Menurutnya, konsep ROPE sama dengan Akreditasi Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (APEL) di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan tetapi hanya khusus kepada program Diploma Profesional dan Sarjana Eksekutif di peringkat UMPSA sahaja.

“Diploma Professional dan Sarjana Eksekutif adalah nama sijil yang dikeluarkan oleh sesetengah universiti berdasarkan kerangka dan Standard Program Pembelajaran Sepanjang Hayat dan mendapat pengiktirafan senat universiti dan bukan pengiktirafan MQA.

“Bagi program Sarjana Eksekutif, tiada ketetapan syarat perlu memiliki ijazah sarjana muda seperti program yang mendapat pengiktirafan MQA,” katanya kepada Sinar.

Menurutnya, program itu juga adalah laluan pendidikan alternatif bagi komuniti dan pekerja industri yang tidak memenuhi syarat kemasukan untuk program aliran perdana namun mempunyai pengalaman kerja dan ingin meningkatkan taraf pendidikan.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar menerusi hantaran di laman Facebook mempertikaikan taraf pendidikan Khairul Azhari yang dikatakan ‘terlampau hebat’ kerana memiliki diploma dan ijazah dalam tempoh dua tahun. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram