SEKUMPULAN lelaki yang didakwa merupakan Patriot Front dilihat sekali lagi melakukan perarakan sebagai demonstrasi perjuangan mereka.
Sebelum ini, mereka pernah berarak di Perpustakaan Awam Boston di Copley Square, Boston, New York, Amerika Syarikat pada 2 Julai 2022.
Kali ini, kumpulan tersebut berarak di sekeliling pusat bandar Charleston menuju ke bangunan kerajaan di pusat bandar di Virgina Barat.
Saksi melaporkan melihat terdapat dua kumpulan daripada Patriot Front turun dari trak yang masing-masing menuju ke arah Capitol di depan patung Confederate General Stonewall Jacksond dan Kanawha Boulevard dan California Street.
Kumpulan itu dilihat berarak membawa sepanduk bertulis 'Amerika Bukan Untuk Dijual' sambil melaungkan slogan tersebut.
Menurut Liga Anti Fitnah, barisan Patriot ialah kumpulan organisasi kulit putih yang ahlinya mahu mempertahankan bahawa nenek moyang mereka menakluki Amerika dan mewariskannya kepada mereka sahaja.
BACA LAGI: [VIDEO] Pelajar USIM dari Palestin lulus ujian meskipun kampung musnah dibom
BACA LAGI: Chegubard ditahan polis berhubung hantaran laporan kasino Forest City
Mereka menyifatkan diri mereka sebagai fasis Amerika atau nasionalis Amerika yang memberi tumpuan untuk memelihara identiti Amerika sebagai negara Eropah-Amerika.
Menerusi rakaman video tersebut, kesemua kumpulan berkenaan memakai seluar berwarna khaki, topi dan baju polo berwarna gelap. Mereka juga memakai topeng muka dipercayai bagi menyembunyikan identiti masing-masing.
Forbes melaporkan, perarakan itu menyebabkan ramai pengguna X membuat teori kononnya Patriot Front sebenarnya adalah kumpulan palsu yang dimulakan oleh FBI untuk mencetuskan kekacauan di AS.
Pemilik X , Elon Musk turut menyertai spekulasi teori konspirasi menunjukkan gambar yang menunjukkan anggota Patriot Front ditangkap pada 2022 adalah mencurigakan.
Datuk Bandar Amy Goodwin mengeluarkan kenyataan yang sebahagiannya berkata, adalah penting bagi komuniti kita untuk meraikan berkumpul dan menentang kebencian.
Tambahnya lagi, apabila pasukan bandar kami mengetahui tentang kumpulan kebencian negara yang berdemonstrasi, kami bertindak pantas dan sewajarnya untuk memastikan semua dalam komuniti kami kekal selamat.
Polis Bandar Charleston berada berdekatan untuk mengelakkan sebarang masalah dan perarakan itu kelihatan aman. Tidak jelas sama ada kumpulan itu mempunyai permit untuk perarakan itu.
Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Charleston Capitol menjadi pusat bagi penyokong Palestin untuk meluahkan kekecewaan mereka terhadap Presiden AS, Joe Biden yang terus menyerang negara Timur Tengah itu.
Jadi, terdapat kemungkinan Patriot Front menyasarkan kawasan itu untuk bertembung dengan kumpulan Pro-Palestin untuk mencetuskan kekecohan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram