TIDAK boleh dinafikan khidmat pemain import banyak membantu dalam menyemarakkan arena sukan bola sepak, termasuk di Malaysia.
Sehubungan itu, kebanyakan kelab dilihat cukup ghairah membawa masuk pemain import bagi meningkatkan kualiti skuad setiap kali jendela perpindahan.
Pasukan kedua tercorot Liga Perdana 2022, Perak FC antara kelab yang tidak terkecuali membawa pemain luar untuk memantapkan lagi pasukan mereka untuk musim 2023.
Mengekalkan dua import tahun lalu iaitu Sunday Afolabi dan Luciano Guachochea, skuad The Bos Gaurus (TBG) juga menambah beberapa pemain import seperti Christian Obiozor.
Difahamkan, skuad dibawah kendalian ketua jurulatih berpengalaman, Datuk Lim Teong Kim itu hanya akan menggunakan enam pemain import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.
Terbaharu, pasukan itu secara rasmi mengambil tiga lagi pemain import berasal dari Korea Selatan dengan salah seorangnya pemain kelab kecil Sepanyol, Seonung Seo.
Seonung Seo sudah mula beraksi bersama pasukan TBG dalam beberapa perlawanan pramusim. — Facebook
Pemain berusia 22 tahun itu difahamkan sudah sah bersama Perak FC pada Rabu selepas tampil dengan cemerlang beberapa kali sepanjang tempoh pramusim.
Namun begitu, seorang penyokong skuad TBG, Aliff Brendan melihat pasukan kesayangan mereka membuat keputusan secara terburu-buru menambah pemain import.
"Panic buying ini. Hari itu Lim Teong Kim cakap tak nak tambah import. Selepas beberapa keputusan perlawanan persahabatan tak memuaskan mesti pihak pengurusan decide kena tambah," tulisnya.
Din Tachanka pula mencadangkan agar pihak pengurusan Perak FC mencari pemain import dari negara lain dan bukan Korea Selatan.
"Asyik ambil pemain dari Korea saja. Cari pemain lain dari yang lain. Cuba ambil pemain daripada China pula. Di China pun, ada pemain boleh tahan power pemain-pemain mereka," tulisnya.
Bagi Iqie Muhammad pula, dia tidak memberi sebarang komen mengenai keputusan pihak pengurusan, namun tertarik dengan wajah Seonung yang dikatakan mirip salah seorang bintang Korea Selatan.
"Ada iras-iras pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min," tulisnya sambil menampilkan emoji ketawa terhadap komen yang dibuat itu.
Pemain berkenaan sebelum ini pernah menggegarkan gawang lawan ketika aksi pemanas badan Perak FC, iaitu ketika berdepan skuad simpanan TBG Khamis lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram