SELANGOR FC yang kini berada di bawah bimbingan Nidzam Jamil difahamkan sedang memburu dua pembantu jurulatih bermutu tinggi bagi memastikan kelab sentiasa berada di landasan tepat untuk saingan domestik dan kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2).
Berdasarkan laporan Majoriti sebelum ini, bekas pengendali Felda United tersebut menyatakan hasratanya untuk mendapatkan seorang pembantu juurlatih tempatan dan antarabangsa.
Individu yang bakal menjadi orang kuat kepada Nidzam itu perlulah seseorang yang memahami DNA bola sepak Selangor supaya lebih mudah untuk membantu untuk mencapai misi besar Gergasi Merah.
Sebelum ini, Majoriti menyenaraikan tiga calon pembantu antarabangsa yang berpotensi berada dalam senarai pendek kelab Lembah Klang berkenaan seperti Adam Griffiths, Ross Aloisi dan Ante Milicic.
Tiga calon berkenaan dipetik kerana sepadan dengan petunjuk Nidzam yang mendedahkan calon pembantu antarabangsa hadir dari Australia dan semuanya mempunyai pengetahuan luas mengenai arena bola sepak tempatan.
Kali ini, Majoriti menyenaraikan tiga calon pembantu tempatan yang mempunyai masa depan cerah untuk berdiri di samping Nidzam pada saingan mencabar musim ini;
BACA LAGI: 'Jurulatih pergi, 'owner' kekal', penyokong Kelantan berang kelab lepaskan Alfredo Vera ke Indonesia
1) Wan Rohaimi Wan Ismail
Wan Rohaimi pernah membimbing PDRM FC selama dua musim. — Facebook/PDRMFC
Wan Rohaimi Wan Ismail terkenal dengan pendekatan menggunakan pemain-pemain muda kerana sebelum ini bekas pemain Gergasi Merah berkenaan pernah terlibat selama lima tahun dalam Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).
Dia yang bertugas sebagai pertahanan pasukan ketika bergelar sebagai pemain berkenaan bukan hanya berpengalaman melatih ubi muda lingkungan 13 hingga 16 tahun, malah pernah juga melatih skuad utama seperti PDRM FC.
Jurulatih berusia 47 tahun itu membimbing PDRM FC itu mengendali skuad Sang Saka Biru pada saingan Liga Perdana musim 2021 hingga 2022, yang menyaksikan kelabnya menghuni kedudukan kelapan dan keenam liga.
Karakter Wan Rohaimi mempercayai khidmat pemain junior sangat sesuai dengan pendekatan Nidzam serta Selangor yang turut gemar menggunakan golongan muda peluang untuk beraksi dan mendapatkan minit permainan.
2) Shukor Adan
Shukor kini bertugas bersama skuad B-23 Selangor. — Facebook/KLCity
Pembantu pengendali Harimau Malaya skuad Bawah-23 (B-23), Shukor Adan juga layak untuk disenarai pendek untuk menjadi duo sesuai kepada Nidzam bagi membantu naib juara Liga Super 2023 berkenaan.
Shukor yang juga pemain kebangsaan sebelum ini mempunyai pengalaman dalam barisan kejurulatihan ketika menjadi penolong jurulatih pasukan Liga Super, Kuala Lumpur (KL) City FC.
Bekas pengendali skuad Warga Kota, Bojan Hodak menyifatkan jurulatih berusia 44 tahun berkenaan seorang yang tegas namun karakternya membuatkan para pemain menghormati dan mendengar arahannya.
Walaupun Shukor kini bertugas sebagai pembantu jurulatih skuad B-23 negara namun Selangor FC masih boleh cuba mendapatkan khidmatnya sekiranya pengurusan Gergasi Merah menawarkan kontrak yang lebih lumayan.
BACA LAGI: 'Ada gentlemen agreement', Selangor selit syarat berbeza dalam pinjaman 2 pemain ke Penang
3) Shaiful Nizam Khamis
Shaiful Nizam pernah memberi trofi Piala Presiden kepada PKNS FC. — Facebook/PDRMFC
Namanya mungkin tidak sepopular seperti calon-calon lain namun Shaiful Nizam Khamis boleh dilabel sebagai individu penting yang menaikkan pemain-pemain skuad belia negeri berkenaan.
Shaiful Nizam pernah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan PKNS FC bawah 21 tahun dan usahanya dibalas dengan menjulang Piala Presiden buat kali pertama selepas berjaya menumpaskan Perak dengan agregat 2-1 pada 2019.
Projek membantu akar umbi tidak berhenti di situ apabila Shaiful Nizam turut pernah membimbing pasukan muda Selangor dinobatkan sebagai Juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-100 setelah menewaskan PDRM 3-2 pada 2022.
Pengalamannya mungkin tidak sataraf kelab Liga Super namun jurulatih berkenaan semakin lama semakin hampir dan bersedia untuk memegang pasukan divisyen tertinggi seperti Selangor pada musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram