Tak lut dengan psiko fans Sang Penyu, JDT lagi gerun kualiti padang SSINS teruk


  • Podium
  • Khamis, 14 Mac 2024

Padang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu pernah jadi kritikan Bojan Hodak. — THE STAR

SEJAK dari kemunculan mereka dalam kancah bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah meletakkan standard yang tinggi dalam pengurusan kelab.

Ia bermula daripada pengurusan kelab itu sendiri kepada tahap piawai untuk para pemain. Tahap piawai yang tinggi telah membantu JDT untuk meraih kejayaan dari musim ke musim.

Tahap piawai tinggi itu turut terpakai kepada fasiliti. Di JDT, kesemua fasiliti kelab adalah bertaraf dunia bermula daripada padang latihan, stadium hinggalah ke rumput yang digunakan.

Boleh dikatakan, rumput yang dipakai oleh JDT iaitu Zeon Zoysia merupakan antara yang terbaik di Malaysia hingga membuatkan Harimau Selatan sering risau apabila beraksi di tempat lawan.

BACA LAGI: Bukan Kedah atau Sabah, slot ACC hampir pasti jadi milik KL City, TFC

61156788_2720887007983773_7374721012035747840_n

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pernah jadi gelanggang rasmi Terengganu. — Selangor FC

Hal ini kerana, rumput yang digunakan di gelanggang lain adalah tidak seperti yang dipakai oleh JDT di laman mereka. Lalu, mereka risau kualiti rumput akan menganggu kepada kualiti bola sepak Harimau Selatan.

Kerisauan ini pernah diluahkan oleh bekas pengendali JDT iaitu Bojan Hodak ketika mereka hendak menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu pada 15 Mac 2014.

Bagi Hodak, kualiti rumput di stadium tersebut adalah lebih merisaukan dia berbanding suasana tegang yang bakal menanti para pemain JDT apabila berdepan skuad Penyu.

BACA LAGI: Perlis United tak jadi sertai Liga Super?

"Pada waktu sekarang, para pemain kami sudah lali dengan caci maki oleh penyokong pihak lawan dan mereka boleh jangkakan perkara sama apabila bertandang ke Kuala Terengganu.

"Tetapi ia adalah sukar untuk bermain bola sepak dengan baik di padang yang biasa-biasa saja dan sebab itulah kami lebih risaukan mengenai padang berbanding penyokong di stadium," kata Hodak.

Kerisauan Hodak dan JDT itu ada asasnya kerana Harimau Selatan tumbang kepada Terengganu pada perlawanan tersebut dengan jaringan 0-1 hasil gol dari pertahanan import, Vincent Bikana.

Vokalnya JDT terhadap isu padang sememangnya konsisten sejak daripada penglibatan mereka dalam bola sepak tempatan.

Hingga ke hari ini, JDT menerusi pemiliknya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sering menghulurkan bantuan berkenaan rumput padang. Malah, rumput padang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak juga dianggap sebagai antara yang terbaik di Malaysia.

Kelab-kelab lain di Liga Super sudah mula mempunyai kesedaran dalam hal penjagaan rumput dengan Selangor FC dan Negeri Sembilan FC antara yang komited membaiki kualiti padang dan saliran di stadium masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram