Makin serasi dalam pasukan, Nidzam Jamil puas hati lihat Alvin Fortes


  • Podium
  • Ahad, 28 Apr 2024

Fortes (kanan) beraksi dengan cemerlang sepanjang kempen pramusim bersama skuad Gergasi Merah. — Facebook/Selangor FC

SEJAK menyertai Selangor FC, Alvin Fortes terus membuktikan sentuhannya sebagai pemain sayap dapat membawa pasukan terbabit ke tahap lebih tinggi musim depan.

Pergerakannya yang lincah serta keyakinan dipamerkan setiap kali diturunkan membuatkannya diangkat sebagai antara rekrut terbaik pasukan pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Malah, dalam aksi Selangor Asia Challenge 2024 (SAC2024) Jumaat lalu, penyerang berusia 29 tahun itu menjadi watak utama ketika kelabnya menundukkan lawan dari Brunei, DPMM FC dengan menjaringkan dua gol.

Sumbangan itu sudah tentu membuatkan pengendali pasukan, Nidzam Jamil berpuas hati akan keputusan mendapatkan Fortes sebagai senjata baharu skuad Gergasi Merah.

"Alvin terlibat dalam gerakan serangan dan juga menjaringkan gol. Ia juga penting untuk menyesuaikan diri dalam liga, bukan sahaja bersama rakan sepasukan.

"Tetapi, saya percaya dia akan mudah kerana Liga Malaysia dan Thai adalah sama, tetapi mungkin terdapat sedikit perbezaan dari segi budaya," katanya.

BACA LAGI: Lepas kecewa aksi pembukaan, Young Elephants tekad bangkit berdepan Selangor

439598692_944855687646160_3656524807879324046_n

Nidzam (kiri) sememangnya berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya. Facebook/Selangor FC

BACA LAGI: [VIDEO] Wakil Brunei dapat tonik harung SAC2024 sebelum jumpa Selangor lepas belasah kelab China

Selain menjaringkan dua gol dalam SAC2024, pemain kebangsaan Cape Verde itu turut menggegarkan gawang ketika berdepan Perak FC dan Negeri Sembilan FC sepanjang kempen pramusim.

Sebelum menyertai Selangor FC, Fortes pernah beraksi untuk dua musim di Liga Thailand bersama Nongbua FC dan Ratchaburi FC yang membantunya menyesuaikan diri.

Jika prestasi itu diteruskan terdapat kemungkinan besar Fortes akan menjadi nadi utama buat skuad Gergasi Merah yang bercita-cita besar di peringkat domestik dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2.

Di samping Fortes, naib juara Liga Super 2023 itu membuat perbelanjaan besar sepanjang jendela perpindahan kali ini dengan membawa masuk penyerang, Ronnie Fernandez dan bek tengah, Umarbek Eshmurodov. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram