Lepas mengakui minat TFC berbanding JDT, legenda Liverpool 'dijemput' jadi orang kuat Sang Penyu


  • Podium
  • Jumaat, 26 Apr 2024

Terengganu tewas 1-3 di tangan Harimau Selatan dalam kejohanan Piala Malaysia 2023. — Facebook/JDT

SIAPA sangka legenda Liverpool, David James meminati Terengganu FC (TFC) selepas menyaksikan aksi skuad Sang Penyu ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada musim lalu.

Bekas penjaga gol England berkenaan menyifatkan kelab Pantai Timur itu mempunyai tempat istimewa di hatinya walaupun skuad kendalian Tomislav Steinbruckner tewas 1-3 dalam kejohanan Piala Malaysia itu.

"Saya ke sini tahun lalu dan menyaksikan aksi Terengganu menentang JDT. Terus terang, Terengganu adalah pasukan kesukaan saya," katanya memetik laporan Harian Metro.

Mengimbau kembali aksi final tersebut, kemenangan Harimau Selatan diraih menerusi sepakan penalti Bergson Da Silva, tandukan dari Feroz Baharuddin dan Arif Aiman Hanapi kemudian melengkapkan malam gemilang JDT apabila meledak gol ketiga.

Manakala, Terengganu pula sekadar berpuas hati menjadi naib johan Piala Malaysia 2023 dengan gol saguhati diperolehi oleh Ivan Mamut juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 apabila dia dijatuhkan kapten JDT, Jordi Amat.

BACA LAGI: Tanpa Brendan Gan, Selangor beri bayangan kapten Gergasi Merah baharu

WhatsApp Image 2024-04-26 at 12.59.22

James (kiri) ketika menghadiri sidang media 'Battle of the Reds'.

BACA LAGI: Hadir aksi Kedah-Terengganu, Rizal Ghazali antara 3 bintang mungkin dipanggil semula Pan-gon

James tiba di tanah air bagi menyertai perlawanan 'Battle of the Reds' membabitkan bekas pemain Manchester United (MU) dan bekas tonggak utama Liverpool itu bakal berlangsung di SNBJ pada Sabtu ini.

Kenyataan dari bekas pemain The Reds itu menggembirakan penyokong Terengganu sehingga ada yang mula membayang agar pihak pengurusan skuad Sang Penyu melantik James sebagai Pengarah Teknikal psaukan.

"Boleh dah Terengganu rangka untuk cadangkan David James jadi Pengarah Teknikal TFC akan datang," impian penyokong skuad Sang Penyu, Ahmad Muzir Aripin.

"Cubalah pihak pengurusan jumpa pula nak adjust buat perlawanan persahabatan. Dulu-dulu pasukan Liga Malaysia ada saja lawan Liverpool," pendapat dari penyokong Terengganu, Mohd Jeffri Hisham.

Jawatan pengarah teknikal atau pengarah bola sepak selalunya diberi tugas utama untuk membangunkan program di peringkat akar umbi dengan mereka dibantu oleh sepasukan jurulatih yang bertauliah untuk menjayakan program pembangunan pemain muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram