SELEPAS berterusan menerima kecaman ekoran prestasi hambar dipamerkannya pada musim ini, bintang pasukan bola sepak Inggeris, Mancheseter United, Marcus Rashford tampil memberikan respons berhubung perkara tersebut.
Menerusi ciapan terbaharu di laman X, penyerang kelahiran England itu mengulas berhubung kritikan keras yang dilemparkan kepadanya.
Dalam hantaran pada Khamis, dia berkata, kecaman yang diterima itu sudah sampai ke tahap satu penderaan bagi dirinya.
"Saya menghargai sokongan anda! Ia adalah satu penderaan yang berlanjutan selama berbulan-bulan. Cukup-cukuplah," tulisnya yang membuat ciapan semula terhadap hantaran pengguna X yang memberikan pandangan berhubung situasi yang dihadapinya itu.
Pada musim ini, Rashford dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya buat pasukan apabila hanya sekadar menjaringkan lapan gol dalam semua kejohanan.
I appreciate your support! It is abuse and has been for months. Enough is enough https://t.co/MUfiU0JwEb
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) April 25, 2024
BACA LAGI: Senarai lengkap identiti 10 perwira korban nahas helikopter TLDM
Rekod itu jauh berbeza daripada prestasi ditonjolkan penyerang berusia 26 tahun itu pada musim lalu yang menyaksikan dia menyumbat 30 gol.
Bagaimanapun, komen tersebut turut mendapat komen kritikal daripada peminat yang berpendapat bahawa pemain itu seharusnya membuktikan perkara tersebut di atas padang.
"Anda sepatutnya menjadi salah seorang pemain senior di Manchester United, namun bahasa badan dan usaha ditunjukkan anda di atas padang adalah sesuatu tidak dapat diterima. Kritikan dan kecaman adalah sesuatu perkara yang berbeza," ujar FPLOlympian.
Berbaki lima perlawanan pada musim ini, Manchester United kini berpotensi untuk menamatkan saingan liga di luar kelompok empat teratas dengan pasukan itu kini berada di tangga keenam.
Ia kini berbeza 13 mata dengan pasukan di tangga keempat liga iaitu Aston Villa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram