MANCHESTER United berjaya menjaga maruah meskipun hampir dimalukan kelab divisyen dua, Conventry City dengan meraih kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley, London pada Ahad.
Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas Conventry yang sebelum itu ketinggalan sebanyak tiga gol mencipta kebangkitan sensasi untuk mengikat United 3-3.
Manchester mendahului pada minit ke-23 apabila McTominay menjaringkan gol dari hantaran lintang Diogo Dalot dan tandukan Maguire sekali gus meletakkan mereka di kedudukan selesa dua gol tanpa balas pada separuh masa pertama.
BACA LAGI: Pep Guardiola terkejut 'budak milo' Manchester City jaring gol debut dalam perlawanan UCL
Man Utd win the penalty shootout and Antony turns to the Coventry players and cups his ears. Harry Maguire walks across to shake hands with them. The difference in class.
— Footy Humour (@FootyHumour) April 21, 2024
Bruno Fernandes kemudian menambah kelebihan buat Manchester dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke-58, namun Coventry berjaya merapatkan kedudukan apabila Ellis Simms menyudahkan hantaran Fabio Tavares minit ke-71.
Lapan minit kemudian, situasi cemas mula dialami Red Devils apabila Coventry memperoleh gol kedua hasil jaringan Callum O'Hare yang berpunca daripada umpanan Simms.
Kebangkitan skuad kendalian Mark Robins berterusan dengan mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan penalti Haji Wright pada masa kecederaan selepas bola terkena tangan Aaron Wan-Bissaka untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
BACA LAGI: Debaran kian terasa, 4 momen final Piala FA yang masih diingati sampai sekarang
Pemain Manchester selepas berjaya menjaringkan gol penalti dalam aksi separuh akhir Piala FA pada Ahad.
Kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal menambah jaringan sepanjang masa tambahan yang menyaksikan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti.
Rasmus Hojlund muncul penyelamat maruah United apabila menyudahkan sepakan penalti terakhir untuk membawa pasukannya ke final selepas O'Hare dan Ben Sheaf gagal menyempurnakan sepakan buat Coventry.
Begitupun, kemenangan itu seolah-olah tidak dapat menyembunyikan pergolakan yang berlaku dalam kem United ketika ini.
Ia dapat dilihat apabila Hojlund cuba meraikan jaringan di depan penyokong lawan, namun sebaliknya berlaku terhadap Harry Maguire yang bersalaman dengan fans Coventry.
Sementara itu, kemenangan tersebut membolehkan United menempah pertembungan tetangga dengan Manchester City di pentas akhir pada 25 Mei ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram