Pengundi India, Orang Asli penentu kemenangan di Kuala Kubu Bharu — Bersatu


  • Politik
  • Khamis, 25 Apr 2024

Bersatu difahamkan bakal meletakkan calon untuk merebut DUN Kuala Kubu Bharu.

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menganggap undi daripada kaum India dan Orang Asli bakal menentukan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Ketua penerangannya, Razali Idris dalam satu kenyataan di Facebook menerangkan bahawa tindakan Kerajaan Perpaduan yang meminggirkan golongan minoriti di kawasan itu akan menyebabkan mereka mengangkat Perikatan Nasional (PN).

"Kira-kira 6,280 pengundi India dan Orang Asli adalah sebenarnya penentu kemenangan PN. Sehingga setakat ini, kerajaan Perpaduan langsung meminggirkan harapan kaum India dan Orang Asli.

"Soal pekerjaan, pendidikan, kos barangan, kebajikan dan masa depan mereka seolah-olah tidak sampai kepada mereka," tulisnya pada Khamis.

BACA LAGI: PRK Kuala Kubu Bharu: Persaingan sengit rebut undi Melayu, pengundi India bakal jadi penentu

2429118

Razali percaya sokongan kaum Melayu terhadap PN semakin meningkat.

BACA LAGI: Kuala Kubu Bharu lambang kehebatan kejuruteraan orang Melayu

Menurutnya, sokongan daripada pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu tidak perlu dipersoalkan lagi melihat kepada keputusan pilihan raya di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut sebelum ini.

Ini termasuk ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor tahun lalu yang menyaksikan peningkatan undian sebanyak 30.85 peratus.

"PN ada cara tersendiri mendekati pengundi Melayu, terutama berkempen secara kelompok kecil dan menyantuni pengundi dengan kempen berfakta dan realistik," katanya.

Setakat ini, PN masih belum meletakkan calon dalam PRK untuk menggantikan bekas Adun, Lee Kee Hiong yang meninggal dunia akibat barah 21 Mac lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram