PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) secara rasmi diterima sebagai anggota penuh Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan menerima MIPP itu ditetapkan ketika mesyuarat majlis tertinggi parti, yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada Isnin.
"Kemasukan MIPP sebagai ahli baharu akan mengukuhkan imej perjuangan Perikatan untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latar belakang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
BACA LAGI: Semua mangsa bawah 40 tahun — Khaled Nordin
PN bersetuju sebulat suara dengan penyertaan MIPP. — The Star
BACA LAGI: Perajurit wanita dari Sarawak antara korban nahas helikopter berlanggar di udara di Lumut
MIPP merupakan parti berasaskan kaum India pertama dalam gabungan Perikatan, yang terdiri daripada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS, Gerakan dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Perkara tersebut juga dimaklumkan Presiden MIPP, S P Punithan menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebooknya.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh kepimpinan parti di atas pengiktirafan dan sokongan sebulat suara parti anggota iaitu Bersatu, Pas, Gerakan serta SAPP kerana menerima MIPP sebagai anggota penuh PN," katanya.
Menurutnya, jika diimbas kembali sejarah, pada 1954 menyaksikan pertama kali sebuah parti berasaskan kaum India menyertai gabungan PN.
Punithan berkata, selepas 70 tahun, sejarah baharu dilakar dalam arena politik negara yang menyaksikan MIPP menyertai gabungan parti tersebut.
"Ini bukan sahaja satu pengiktirafan malah memberikan mesej yang jelas bahawa PN memberi keutamaan kepada kaum India yang juga kaum ketiga terbesar di negara ini.
"Suara dan agenda pembangunan holistik masyarakat India akan diterajui, dipimpin dan diberikan keutamaan oleh MIPP untuk memastikan kaum India tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara," katanya.
Beliau menambah, MIPP juga komited dalam merangka agenda dan naratif pembangunan ekonomi yang holistik untuk masyarakat India.
Dalam pada itu, Hamzah memberitahu bahawa parti tersebut kini aktif untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Selangor yang ditetapkan pada 11 Mei nanti.
Kerusi DUN di Selangor kosong berikutan kematian Adun tiga penggalnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac.
Pakatan Harapan juga dijangka menamakan calonnya untuk kerusi itu pada Selasa tetapi merancang untuk membuat pengumuman pada Khamis ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram