Kekuatan MIPP dalam PN belum teruji, 2 aspek jadi faktor ukur tahap kebolehmenangan


  • Politik
  • Rabu, 24 Apr 2024

Gabungan MIPP dan PN berkemungkinan mempunyai potensi tinggi untuk memenangi PRK KKB mengikut dua aspek tersebut. — Facebook/Hamzah Zainudin

PENYERTAAN Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) sebagai anggota penuh Perikatan Nasional (PN) masih belum dapat diuji sepenuhnya meskipun mempunyai potensi untuk memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini.

Sebelum ini, parti bertanding PRK KKB itu dijangka memberi tumpuan bagi menarik sokongan pengundi Melayu yang kini membentuk kumpulan majoriti di kawasan tersebut.

Ia dikatakan bakal mencipta sejarah di kawasan itu kerana ia secara tradisinya diwakili oleh pemimpin Cina.

BACA LAGI: PRK Kuala Kubu Bharu: Persaingan sengit rebut undi Melayu, pengundi India bakal jadi penentu

Young voters quieng up to  cast their  vote  at  polling station at SMK Dato' Seth in Yong Peng.(12/3/2022). —AZHAR MAHFOFI/The Star

PRK KKB kini menjadi perhatian ramai. — Gambar hiasan/The Star

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, PN dalam usaha untuk mengambil kedudukan Pakatan Harapan (PH) di kawasan itu.

Katanya, keputusan PN untuk menerima MIPP juga dilihat sebagai usaha untuk menarik lebih ramai penyokong berbangsa India.

Tawfik bagaimanapun berkata, parti baharu seperti MIPP belum mampu memberi cabaran atau satu tentangan hebat terhadap parti India lain seperti MIC atau ahli berbangsa India dalam PKR dan DAP.

"Bagi saya, kenyataan parti baharu India ini sebenarnya belum lagi teruji kerana calon pun belum lagi dihantar untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Pada peringkat awal ini, orang pun belum kenal MIPP dan siapa tokoh-tokoh yang boleh menggegarkan satu gelombang baharu dalam kalangan masyarakat India," katanya kepada Majoriti.

Bukan itu sahaja, Tawfik juga menjelaskan bahawa kredibiliti pemimpin dalam parti berkenaan masih lagi dalam keadaan samar-samar.

Tawfik tidak menafikan, sesebuah parti politik sememangnya memerlukan satu tempoh panjang sekurang-kurangnya sepuluh hingga 15 tahun untuk berada di kedudukan yang kuat dan mampu memberi saingan kepada parti lain.

BACA LAGI: MIPP rasmi sertai PN, kukuh imej perjuangan bersama

291327549_362705989312785_8349665590304869857_n

Tawfik menganggap gabungan itu sebagai langkah yang sama seperti dilakukan BN.

Beliau turut tidak menolak kenyataan bahawa kaedah yang digunakan PN itu sebenarnya masih jauh untuk mencapai matlamat mendapat sokongan penuh daripada penyokong India.

"Saya lihat MIPP dalam PN hanya supplement untuk menggambarkan PN tidak mengenepikan masyarakat India.

"Sebenarnya, pengumuman PN itu juga menggambarkan seperti Barisan Nasional (BN) 2.0 yang dihidupkan semula.

"Ia kerana, mereka melihat bahawa BN telah tersasar daripada matlamat asal dan replika BN ini sudah ada dalam PN," katanya lagi.

Bagi Tawfik, selaingan persaingan dengan parti besar lain, terdapat dua aspek yang menjadi faktor kepada tahap kebolehmenangan terutamanya dalam PRK KKB ini.

Dua aspek itu adalah berdasarkan kadar penduduk kawasan untuk keluar mengundi dan isu-isu panas melibatkan sentimen perkauman yang hangat diperkatakan.

"Bagi saya, PN dan MIPP mampu atau tidak menarik sokongan orang Melayu, ia berdasarkan isu-isu panas semasa seperti melibatkan orang Melayu.

"Jadi, mereka melihat bahawa PN ada platform untuk mereka beri sokongan dalam PRK KKB nanti. Ini juga akan dipertimbangkan oleh pengundi-pengundi India," jelasnya.

Election Commission staff ensuring all preparations are in place ahead of polling day on Saturday (March 12) at SK Tanjung Puteri in Larkin, Johor Baru. — THOMAS YONG/The Star

Kadar penduduk sekitar keluar mengndi juga memainkan peranan dalam menentukan pemenang. — Gambar hiasan/The Star

Pada masa sama, beliau tidak terkejut sekiranya PN meletakkan calon Melayu atau Cina tetapi tetap disokong penyokong India.

"Saya lihat potensi mereka nak menang di PRK KKB itu ada, cuma bagaimana mahu menangani isu kadar keluar mengundi itu yang menjadi perhatian kepada PH.

"Jadi, ada dua keadaan kontra kepada kedua-dua gabungan parti tersebut dan potensi PN dan MIPP untuk menang tu adalah berdasarkan dua aspek iaitu tahap keluar mengundi dan isu-isu melibatkan kaum," tambahnya.

Untuk rekod, MIPP merupakan parti berasaskan kaum India pertama dalam gabungan Perikatan, yang terdiri daripada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS, Gerakan dan Parti Progresif Sabah (SAPP).

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu merangkumi 46 peratus pengundi Melayu, Cina (30 peratus), India (18 peratus) dan lima peratus pengundi lain, termasuk Orang Asli.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram