PANG Sock Tao dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Selangor pada 11 Mei depan, umum Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Sock Tao merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
BACA LAGI: Tiada pertukaran kerusi, calon PRK KKB dari parti penyandang — Tok Mat
Calon PH itu merupakan Setiausaha Akhbar Nga Kor Ming. — The Star
Loke berkata, Sock Tao , 31, dipilih sebagai calon DAP selepas mengambil kira semua kelayakan dan pengalamannya.
"Kami mahu mempamerkan generasi muda. Calon yang berkaliber mewakili kerajaan perpaduan," katanya pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, Sock Tao yang merupakan anak jati Ampang berkata, beliau berharap dapat meneruskan legasi Adun KKB sebelum ini, mendiang Lee Kee Hiong yang meninggal dunia pada 21 Mac lalu.
"Kee Hiong ialah contoh teladan kepada semua ahli belia termasuk saya sendiri, jika diberi peluang, saya akan meneruskan legasinya," katanya.
Sock Tao yang juga mempunyai Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dari 2018 hingga 2020.
BACA LAGI: Adun KKB Lee Kee Hiong meninggal dunia
Sock Tao (kanan) ketika majlis tersebut. — Facebook/Ng Sze Han
Turut hadir, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil.
Pada 4 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian bagi PRK Kuala Kubu Baru dengan penamaan calon awal masing-masing pada 27 April dan 7 Mei.
PRK tersebut itu dilakukan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong daripada DAP pada 21 Mac lalu.
Kee Hiong, 58, yang pernah menjadi Adun Kuala Kubu Bharu di bawah kawasan parlimen Hulu Selangor sejak 2013, telah menghidap penyakit kanser selama beberapa tahun.
PRK itu juga adalah yang ketujuh diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022. — The Star/TEH ATHIRA YUSOF
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram