Tak ada unsur boikot, parti komponen BN akan duduk semeja — Mohamad Hasan


  • Politik
  • Isnin, 22 Apr 2024

Mohamad Hasan (kanan) tegaskan tiada unsur boikot menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.

PARTI kompenen Barisan Nasional (BN) akan duduk semeja bagi mencari jalan untuk menyokong calon Kerajaan Perpaduan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, setiap parti kompenen dalam blok politik tersebut harus duduk semeja bagi "bertukar pendapat dan pandangan" sebelum hari penamaaan calon pada 27 April.

Sebelum ini, terdapat perkhabaran mengatakan yang wakil daripada MCA dan MIC tidak mahu turun padang berkempen seandainya calon dari Kerajaan Perpaduan bukannya daripada BN.

"Saya tak rasa akan ada boikot. Kami akan adakan mesyuarat dalam masa terdekat, sebelum hari penamaan calon. Kami akan berbincang dalam semangat BN," kata Mohamad.

"Apa yang kami mahu pastikan adalah calon daripada Kerajaan Perpaduan menang. Itu adalah usaha kami secara kolektif."

BACA LAGI: 'Tidak lama lagi', Muhyiddin akan umum nasib MP Bersatu sokong PMX

Umno deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan during a campaign talk at PDM (voting centre) Brunei in Kampung Brunei on Saturday night.  - ZULAZHAR SHEBLEE  / THE STAR

Mohamad Hasan mahu parti komponen BN menyokong calon Kerajaan Perpaduan. — THE STAR/ZULAZHAR SHEBLEE

BACA LAGI: Isu tahanan rumah Najib: Saya tiada niat kritik PM Anwar — Akmal Saleh

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata yang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu ketua daripada MCA dan MIC untuk berbincang mengenai keputusan mereka untuk tidak berkempen bagi calon dari Kerajaan Perpaduan.

Dalam persetujuan antara dua blok politik ini, BN dan Pakatan Harapan telah bersetuju untuk memilih calon pilihan raya dalam kalangan parti yang sebelum itu memenangi kerusi tersebut.

Kedua-dua blok politik itu setuju dengan syarat tersebut ketika mewujudkan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Mohamad yakin parti kompenen BN turut memahami perjanjian tersebut.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong selepas penyandangnya, Lee Kee Hiong (PH-DAP) meninggal dunia pada usia 58 tahun.

Hari mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei. — THE STAR/MAZWIN NIK ANIS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram