Kritik pemimpin politik Malaysia, Muda selar kenyataan profesor pro-Israel AS ketika berucap di UM


  • Primer
  • Rabu, 24 Apr 2024

Gilley ketika memberi ucaptama dalam syarahannya yang mengkritik pemimpin politik Malaysia di UM.

PEMANGKU Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz menyelar kenyataan yang dibuat seorang pensyarah pro-Israel Amerika pada sesi syarahan di Univerisiti Malaya (UM) pada Selasa.

Amira meluahkan rasa kesalnya dengan kenyataan Profesor Sains Politik di Universiti Negeri Portland, Bruce Gilley yang mengatakan bahawa ahli politik Malaysia menganjurkan holokus (pembunuhan beramai-ramai) kedua terhadap orang Yahudi.

"Ini benar-benar mengelirukan dan tidak boleh diterima.

"Kenyataannya secara salah menggambarkan matlamat dan tujuan Malaysia ke arah keamanan untuk negara Palestin yang merdeka," katanya menerusi ciapan di Twitter (X) pada Rabu.

BACA LAGI : Akaun 3 KWSP tambah alternatif simpanan pencarum, sedia dana kecemasan ketika terdesak

Malaysian United Democratic Alliance (Muda) deputy president Amira Aisya Abd Aziz said that the party is keen to work with Pakatan Harapan. — THOMAS YONG/The Star

Amira menegaskan kepada institusi akademik untuk lebih berhati-hati memilih penceramah. — The Star

Amira turut menjelaskan bahawa kerajaan Zionis Israel yang sebenarnya sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

"Institusi akademik harus berhati-hati dalam menjemput penceramah dan pensyarah yang menyebarkan naratif pro-Zionis.

"Dari sungai ke laut, Palestin pasti bebas," tulisnya.

BACA LAGI : Perang dunia ke-3 boleh tercetus jika Israel dibiar terus cabul undang-undang antarabangsa

Screenshot (1249)

Ciapan yang dimuat naik Gilley. — Twitter/Gilley

Terdahulu, Gilley memberi syarahannya yang bertajuk 'Adakah Malaysia akan menjadi kuasa sederhana yang aktif?' di universiti itu.

Gilley dengan lantangnya berkata, negara yang mempunyai pemimpin politik menyokong Holokus kedua terhadap orang Yahudi tidak akan menjadi pemain serius dalam hal ehwal dunia dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan kongsi Amerika Syarikat.

Dia turut memetik kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu ketika perhimpunan aman pada Oktober 2023 bahawa 'Israel akan hilang tidak lama lagi' sebagai contoh kenyataan anti-Yahudi.

"Ini kelemahan berterusan ahli politik Malaysia yang bermula dengan nasihat (bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad) untuk belajar daripada Jerman tentang cara membunuh Yahudi. Hari ini, berita menamatkan siaran dengan slogan 'Dari sungai ke laut', dan 'Israel Cuak'," tulisnya.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan UM berhubung perkara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram