Hargai sumbangan legenda, Terengganu, NSFC, KL City boleh ikut langkah Kedah


  • Podium
  • Khamis, 25 Apr 2024

Fauzi (kiri) dilantik sebagai pengurus pasukan untuk membantu Nafuzi Zain dalam barisan kejurulatihan skuad Sang Kenari. — Facebook/KDA FC

KEKANGAN dari segi kewangan menyaksikan Kedah Darul Aman (KDA) FC terpaksa membuat keputusan dengan mengubah struktur pengurusan kelab.

Bagaimanapun, hampir kesemua daripada langkah diambil mendatangkan perasaan terbuka daripada penyokong yang cukup tertarik dengan pemilihan dibuat.

Perubahan awal menyaksikan Fauzi Saari dibawa masuk untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Zul Fadli Rozi sebagai pengurus pasukan.

Selain itu, bekas pemain dalam musim treble 2007 dan 2008, Nelson San Martin turut dibawa masuk untuk memikul peranan sebagai pengarah teknikal.

BACA LAGI: Bekas bintang JDT kini jadi 'supplier' akademi Harimau Selatan di Terengganu

434177812_451660097215173_7689626481012743914_n

San Martin bakal memikul tugas pengarah teknikal skuad Sang Kenari. Facebook/KDA FC

Kapten ternama, Baddrol Bakhtiar juga menjadi pilihan pihak pengurusan kelab Utara tanah air itu apabila dilantik sebagai pengurus KDA FC B meskipun masih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Menariknya, kesemua mereka yang dilantik itu merupakan legenda pasukan dengan keputusan terbabit diharapkan dapat menghidupkan semula zaman kegemilangan.

Langkah terbabit diambil dengan kehadiran masing-masing dipercayai dapat menyuntik nafas baharu kerana kesungguhan mereka terhadap kelab sukar dipersoalkan.

Jadi, 'blueprint' dibentangkan skuad Sang Kenari mampu ditiru beberapa kelab Liga Super lain yang boleh melantik legenda pasukan dalam badan pengurusan.

1. Negeri Sembilan FC

Pada awal jendela perpindahan yang lalu, Negeri Sembilan FC membuat keputusan untuk merombak pihak pengurusan yang menyaksikan Faliq Firdaus dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab.

Langkah itu sememangnya membawa nafas baharu buat penyokong yang mahu hala tuju skuad Jang diubah selepas bertahun-tahun berada dalam kemelut tersendiri.

Bagaimanapun, sehingga kini, impak daripada perubahan itu masih belum dirasai kerana CEO berkenaan perlu mendapatkan sokongan daripada kesemua pihak.

BACA LAGI: Sayang masih bertaut, air mata Habib Haroon gugur dengar sorakan Ultras Terengganu

FFh1HGvVIAEMNhe

Shukor Adan boleh dianggap sebagai salah seorang legenda skuad Jang. Facebook/Negeri Sembilan FC

Salah satu cara terbaik adalah dengan membawa masuk legenda pasukan yang masih setia dan bersungguh-sungguh dalam membantu Negeri Sembilan FC kembali ke tahap terbaik.

Bekas kapten, Shukor Adan merupakan salah seorang calon untuk dilantik, lebih-lebih lagi selepas tugasnya bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan berakhir.

Penjaga gol setia, Kaharuddin Abdul Aziz juga boleh diberikan peluang itu kerana mempunyai status tersendiri dalam kalangan pemain selepas 15 tahun beraksi buat skuad Jang.

2. Terengganu FC

Tidak boleh dinafikan bahawa Terengganu FC berada di tahap terbaik beberapa tahun kebelakangan ini selepas berjaya memastikan pengurusan bergerak lancar dengan pelantikan muka-muka berkaliber.

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa posisi yang sesuai sekiranya diletakkan legenda kelab yang lebih tahu akan selok belok dan hala tuju mereka.

Antara nama yang boleh diketengahkan ialah 'the silent killer', Ashari Shamsudin yang bertahun-tahun beraksi bersama pasukan Pantai Timur itu.

44950833_1186800848127669_6024636851862634496_n

Ashari pasti teruja jika diberikan peluang dalam badan pengurusan Terengganu FC.

Meskipun kurang berpengalaman dalam bidang pengurusan, dia boleh diberikan jawatan bersama skuad simpanan dan memberi tunjuk ajar buat 'ubi muda'.

Selain itu, kapten ketika Terengganu menjulang Piala FA 2011, Ahmad Marzuki Yusof juga boleh diketengahkan kerana masih mempunyai tempat dalam hati penyokong.

Jawatan terbaik untuk diberikannya adalah pengurus pasukan, namun masih perlu menunggu sekiranya Fadhil Wahab tidak lagi berkhidmat di kelab itu.

3. Kuala Lumpur City

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, nasib Kuala Lumpur (KL) City FC tidak ubah seperti KDA FC kerana kegagalan menyelesaikan isu tunggakan gaji.

Situasi itu menyaksikan mereka terpaksa membuat perubahan apabila mengurangkan kos operasi dengan melepaskan pemain dan badan pengurusan.

shukor-adan-kuala-lumpur-2019_yeqg9d69cv551xxpw1r04slbj-1050x589

KL City merupakan kelab terakhir diwakili Shukor dalam kariernya.

Jadi, sekiranya pasukan Lembah Klang itu mahu terus kekal relevan dalam Liga Super, mereka perlu mengambil inisiatif seperti mana diambil skuad Sang Kenari.

Pelantikan legenda, seperti Razip Ismail dan Datuk Subadron Aziz boleh membawa haluan baharu terhadap pasukan yang masih mahu mengurangkan kos setiap musim.

Selain itu, mereka juga boleh melantik Shukor dalam staf kejurulatihan dengan beberapa rakan sepasukannya, seperti Norshahrul Idlan Talaha sudah bersama skuad B-23 KL City. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram