[VIDEO] Main teruk, Mukhairi Ajmal sedar ramai orang tak suka dirinya


  • Podium
  • Rabu, 24 Apr 2024

Skuad Harimau Muda gagal membawa sebarang mata pulang ke tanah air selepas tewas dalam ketiga-tiga perlawanan Kumpulan D Piala Asia B-23 Tahun di Qatar. — Facebook/FAM

SKUAD Harimau Muda terpaksa pulang ke tanah air dengan tangan kosong apabila gagal meraih sebarang mata dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23).

Kekalahan 1-2 di tangan Kuwait pada awal pagi Rabu itu sekali gus menutup cerita skuad kebangsaan dalam saingan Piala Asia di bumi Qatar.

Dalam pada itu, ketua pasukan Harimau Muda, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, berasa kecewa dengan prestasinya sendiri dalam sepanjang Piala Asia B-23 selepas tewas berdepan Kuwait dalam perlawanan terakhir di Stadium Al-Janoub, Qatar awal pagi Rabu, lapor Stadium Astro.

Dia beranggapan faktor saingan liga yang masih belum bermula juga menjadikan aspek kecergasan pasukan yang ketika ini tidak berada dalam keadaan memuaskan untuk bersaing dalam kempen bola sepak yang kompetitif itu.

BACA LAGI: Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, 3 pemain junior JDT, Kedah dan Sabah ada jelmaan senior

BACA LAGI: Tiga bintang muda JDT, Selangor dan TFC malap di Qatar, kini siap sedia kemas beg jadi 'core player' kelab

Begitupun, pemain tengah Selangor FC itu bertanggungjawab penuh atas kekalahan pasukannya itu selepas skuad negara tewas berturut-turut dan gagal ke peringkat kalah mati.

"Saya memang kecewa dengan diri saya sendiri kerana ini adalah kempen kedua saya dalam Piala Asia B-23 dan merupakan yang terakhir buat saya, ia bukan hari yang terbaik buat saya.

"Saya tahu ramai orang tidak suka pada saya, saya harap perkara ini dapat menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri saya pada masa akan datang. Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan.

"Saingan liga masih belum bermula lagi maka kami tiada kecergasan yang cukup. Memandangkan saya pemain lama maka mereka mengharapkan kepada saya jadi sebagai ketua pasukan, saya mengambil tanggungjawab ini," katanya selepas perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram