Mujur ada Akinade, Terengganu mulakan musim baharu tanpa bisa Ivan Mamut


  • Podium
  • Isnin, 15 Apr 2024

Mamut (kiri) mengalami kecederaan dan bakal terlepas aksi pembukaan Liga Super. — Terengganu FC

MALANG itu nyata tidak berbau, jelas sekali ia hadir tanpa diduga dan lebih parah, berlaku pada waktu yang kita tidak minta.

Itulah yang terjadi kepada kem Terengganu FC apabila mereka terpaksa menanggung derita kehilangan penyerang utama menjelang sepak mula Liga Super 2024/2025.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner terpaksa memulakan saingan Liga Super musim ini tanpa kelibat penyerang Croatia, Ivan Mamut yang mengalami kecederaan serius dan perlu berehat panjang.

Menurut pemerhati Astro Arena, Fina Nasrom, Mamut mengalami kecederaan di bahagian achilles tendon dan itu telah memaksa pemain tersebut perlu berehat seketika.

BACA LAGI: Selangor 'rasmi' wajah baharu Stadium MBPJ, anjur kejohanan pramusim lawan jaguh Asean

Cuma, apa yang malang mengenai situasi ini adalah Mamut akan terlepas kesemua perlawanan Terengganu pada bulan Mei dengan mereka akan berdepan tiga kelab.

Untuk rekod, Terengganu akan berdepan Perak FC (11 Mei), Penang FC serta Kelantan Darul Naim FC (24 Mei) bagi aksi terawal mereka musim ini.

Dengan tanpa khidmat Mamut, Steinbruckner sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega kerana masih lagi ada seorang penyerang iaitu Ismaheel Akinade.

Akinade yang merupakan rekrut baharu Terengganu musim ini dilihat bakal menjadi sandaran utama kelab itu bagi memimpin barisan serangan untuk tiga aksi pertama tersebut.

BACA LAGI: Ada 'kacukan' penyanyi Singapura dan bintang Man United, bek baharu Kedah jadi bualan hangat kepak Kenari

434659022_409563158451791_7853378451922590701_n

Akinade bakal menggalas tanggungjawab memimpin barisan serangan Terengganu. — Terengganu FC

Walaupun masih baharu, tetapi Steinbruckner serta penyokong Terengganu tidak perlu risau kerana pemain itu sudah mula menunjukkan keserasian dengan Akinade berjaya merakamkan hatrik ketika aksi persahabatan berdepan PDRM FC.

Kini mereka akan berdepan tiga lagi aksi pramusim berdepan Penang, Terengganu II serta Kedah Darul Aman FC dalam Agarbomb Performance Cup, Akinade berpeluang untuk menajamkan lagi kualitinya sebelum Liga Super bermula.

Selain Akinade, Terengganu boleh berharap kepada penyerang tempatan iaitu Syahmi Zamri serta Muslihuddin 'Atiq bagi mencari jaringan gol buat skuad Penyu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram