Kehadiran 3 legenda TRW di majlis seteru Pantai Timur timbulkan 1,001 persoalan


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Lambakan legenda merupakan punca utama ketika skuad TRW meraih pelbagai kejayaan berbelas tahun dahulu. — AFC

KEGAGALAN Kelantan FC untuk meraih lesen kebangsaan menyaksikan Kelantan Darul Naim (KDN) FC kekal sebagai satu-satunya kelab dari negeri itu bersaing dalam Liga Super 2024/25.

Mereka yang kerap dilabel sebagai 'pasukan adik' pasti berbangga dengan kedudukan itu meskipun tahu tarikan penyokong masih belum cukup kukuh.

Bagaimanapun, dalam menyelesaikan kerumitan itu, kelab tersebut mengambil pelbagai inisiatif, termasuk memastikan jersi baharu pasukan mencuri perhatian.

Sasaran berkenaan boleh dikatakan menepati pihak pengurusan apabila baru-baru ini, pakaian rasmi untuk musim depan tampil dengan corak berbeza.

BACA LAGI: Fans TRW beri 4 sebab buat Zamsaham gabung di bawah payung KUFC

2292520

Pertemuan kedua-dua pasukan musim lalu masih mempunyai tarikan tersendiri. MFL

Ini dibuktikan dengan kehadiran ribuan penyokong yang hadir ketika sesi perasmian jersi pada Jumaat lalu di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila orang ramai mendapati terdapat legenda skuad The Red Warriors (TRW) hadir dalam majlis tersebut.

Mereka merupakan Daudsu Jamaluddin serta Nor Farhan Muhammad di samping bekas pengurus Kelantan FC, Wan Badri Wan Omar yang masing-masing pernah menjadi tonggak utama ketika zaman kegemilangan pasukan sebelum ini.

Kehadiran mereka pasti menimbulkan keraguan kerana ia seakan-akan melanggar hubungan seteru antara kedua-dua kelab utama di Kelantan itu.

BACA LAGI: Lepas 2 'oppa Korea' dan penyerang TRW, jeneral tengah Uzbek pula sertai Kelantan United

438911024_944809500980172_388231300798861835_n

Dari kiri: Wan Badri, Daudsu dan Nor Farhan hadir ketika majlis tersebut baru-baru ini. Facebook/Sukasuki Photography

Selain ketiga-tiga bintang itu, majlis tersebut turut dihadiri Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Kamarudin Md Nor serta Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad.

Hubungan tegang antara Kelantan FC dan KDN FC bukanlah sesuatu yang kurang diketahui di Pantai Timur kerana pertembungan antara mereka musim lalu sering mencuri tumpuan.

Bagaimanapun, prestasi mengecewakan sepanjang tahun menyaksikan kehangatan itu tidak dirasai meskipun penyokong di negeri berkenaan cukup sinonim dengan keghairahan ketika menyaksikan perlawanan.

Harapan itu sekali lagi menyaksikan pertemuan kedua-dua pasukan itu musim depan tidak kesampaian memandangkan Kelantan FC bakal beraksi dalam Liga A1 Semi Pro berikutan kegagalan menyelesaikan isu gaji. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram