Anok Kelate, bintang Penang boleh jadi wira negara sumbang mata kemenangan Piala Thomas


  • Podium
  • Isnin, 22 Apr 2024

Jika beraksi cemerlang, June Wei boleh hadiahkan mata kemenangan buat Malaysia. — Agensi

PERSIAPAN menjelang Piala Thomas 2024 sedang giat dijalankan dengan Malaysia mahu mencipta kejutan walaupun hadir sebagai status pasukan bukan pilihan.

Status itu hadir kerana prestasi semasa sambil isu kecederaan yang menimpa skuad negara membuatkan sentimen dalam kalangan penyokong terhadap peluang Malaysia adalah rendah.

Kecederaan pemain perseorangan, Ng Tze Yong seolah-olah mengecilkan lagi peluang untuk mara jauh. Namun begitu, di belakang Tze Yong masih ada pemain yang boleh maju ke depan dan membantu Malaysia.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan meneroka beberapa nama yang dilihat boleh menyumbang mata kemenangan buat Malaysia baik semasa pertarungan ketiga atau kelima setiap perlawanan:

1. Leong Jun Hao

Nama yang ketara bakal menjadi sandaran di Piala Thomas, Jun Hao dilihat mampu menjadi pemain negara yang menyumbang mata kemenangan jika diturunkan sebagai perseorangan kedua atau perseorangan ketiga.

Mengambil kira Malaysia mendahului 2-0 selepas dua pertarungan, Jun Hao boleh menyelesaikan segala tugasan dengan mendapatkan mata ketiga dan terus menutup cabaran pihak lawan.

Sebagai pemain ketiga terbaik negara di belakang Lee Zii Jia dan Tze Yong, Jun Hao pada awalnya akan diletakkan sebagai perseorangan ketiga di Chengdu, China kelak.

Namun dengan Tze Yong kini cedera dan disisihkan daripada skuad Piala Thomas, berkemungkinan Jun Hao akan ditolak menjadi pemain perseorangan kedua selepas Zii Jia.

BACA LAGI: Sedekad kekalahan 2014, mampukah Malaysia akhirnya raih gelaran Piala Thomas?

Malaysia men's single player, Leong Jun Hao reacts after defeating the Chinese Taipei player, Chia Hao Lee at the final match Bergamot KL Masters Malaysia Super 100 2023 at Stadium Titiwangsa on November 05.—AZMAN GHANI/The Star

Jun Hao lebih berpotensi menjadi pemain perseorangan kedua berbanding ketiga di Piala Thomas. — THE STAR/AZMAN GHANI

2. Cheam June Wei

Melihat kepada situasi Jun Hao bakal dijadikan sebagai pemain perseorangan kedua, tidak terkejut jika posisi sebagai pemain perseorangan ketiga menjadi miliknya.

Merupakan pemain keempat terbaik dari segi ranking dalam kalangan pemain Malaysia, ditambah ketiadaan Tze Yong maka tidak terkejut untuk June Wei akan diletakkan sebagai perseorangan ketiga.

Menjadi pemain yang kini berada di luar 50 pemain perseorangan terbaik dunia, mungkin terdapat sedikit keraguan dari segi kemampuannya untuk memberikan persembahan terbaik terutamanya berdepan pemain lebih baik daripadanya.

Namun begitu, keyakinan dan sokongan harus diberikan kepada pemain dari Pulau Pinang ini. Mana tahu, pada Piala Thomas ini adalah detik kebangkitannya?

BACA LAGI: Dibayar wang pampasan sertai skuad Piala Thomas, Zii Jia tekad tak mahu kecewakan Malaysia

390294

Masa untuk bangkit buat June Wei. — Agensi

3. Haikal Nazri

Dia boleh menjadi pemain wildcard sekiranya situasi sukar menimpa kem Malaysia sekali lagi dengan kecederaan datang menganggu.

Haikal yang pada asalnya merupakan pemain beregu, mempunyai fleksibiliti untuk beraksi sebagai pemain perseorangan juga. Namun begitu, dia jarang diuji di kejohanan utama dalam tugasan tersebut.

21a4587bf19167746e180a90a4544f40

Walaupun asalnya pemain beregu, Haikal (kanan) juga boleh diturunakan sebagai pemain perseorangan. — Facebook/Team Malaysia

Sebagai contoh, Haikal pernah ditarik menjadi pemain perseorangan ketiga ketika perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 kerana kecederaan yang menimpa Zii Jia dan Tze Yong.

Walaupun Malaysia membawa pemain perseorangan keempat iaitu Justin Hoh, 'anok Kelate' ini masih lagi berpotensi untuk diturunkan sebagai pemain perseorangan seandainya dua daripada pemain kategori tersebut cedera serentak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram