Anak buah Tan Cheng Hoe antara 3 kelab boleh uji persiapan Gergasi Merah


  • Podium
  • Selasa, 16 Apr 2024

Police Tero mungkin boleh jadi kelab jemputan untuk kejohanan pramusim Selangor. — Police Tero

KELAB Liga Super, Selangor FC dilaporkan rancak mengadakan persiapan bagi mengharungi kejohanan pramusim sebelum saingan musim baharu bermula.

Dijadualkan akan diadakan pada akhir April ini, Selangor bakal menjemput tiga kelab Asia untuk bertarung dalam kejohanan pramusim itu yang dilihat sebagai 'majlis perasmian' Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya yang telah dinaiktaraf bagi mengikuti syarat ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kejohanan pramusim itu sebenarnya pernah dilakukan Selangor. Pada 2020, mereka telah mengadakan Selangor Asia Challenge dengan Stadium Shah Alam menjadi lokasi kejohanan ketika itu.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan menyingkap tiga pasukan yang mungkin dijemput Gergasi Merah bagi kejohanan kali ini:

1. Police Tero (Thailand)

Jika pasukan ini dijemput, pasti akan tumpuan pengikut bola sepak Malaysia terhadap kejohanan musim ini akan meningkat kerana status Police Tero yang 'terkenal' di negara ini.

Sering dianggap sebagai kelab 'transit', Police Tero kini merupakan pasukan yang dilatih oleh bekas pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe.

Pastinya, kepulangan Cheng Hoe bersama-sama Police Tero ke MBPJ akan menarik perhatian ramai dengan dia bersama kelab itu sedang bergelut untuk mengekalkan status sebagi pasukan divisyen satu Thailand.

Seandainya Police Tero dijemput, ia pasti akan mewujudkan unsur pecah panggung (box office) dan itu semestinya cukup menarik untuk disaksikan.

BACA LAGI: Selangor 'rasmi' wajah baharu Stadium MBPJ, anjur kejohanan pramusim lawan jaguh Asean

434718832_802328258595514_3423792166717992098_n

Tan Cheng Hoe boleh kembali ke Selangor bersama Police Tero. — Police Tero

2. Lion City Sailors (Singapura)

Ketika pramusim ini, dapat disaksikan kelab Malaysia banyak mengadakan perlawanan persahabatan bersama-sama kelab dari Singapura.

Perak FC berdepan Geylang International dan Albirex Niigata di Ipoh, Sri Pahang FC mengadakan jelajah di Singapura. Sementara itu, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengadakan perlawanan bertemu Lion City Sailors (LCS).

Selepas berdepan JDT, tidak mustahil untuk LCS terus mengadakan perlawanan berdepan kelab Malaysia dengan Selangor boleh menjadi lawan seterusnya buat gergasi Singapura itu.

Dengan LCS mempunyai kualiti yang baik dalam skuad mereka, tidak mustahil Selangor ingin menjemput mereka melakukan sparring kerana kelab itu boleh menjadi lawan berkualiti buat mereka.

BACA LAGI: Mujur ada Akinade, Terengganu mulakan musim baharu tanpa bisa Ivan Mamut

435073801_1205187120536209_3031893136772609970_n

Lion City Sailors sebelum ini beraksi menentang Johor Darul Ta'zim. — Lion City Sailors

3. Central Coast Mariners (Australia)

Jika sebelum ini, kejohanan pramusim Selangor mengumpulkan kesemua wakil dari Asia Tenggara. Mungkin untuk kali ini, Gergasi Merah boleh menjemput wakil dari luar rantau tersebut.

Salah satu contoh adalah kelab Australia iaitu Central Coast Mariners. Lawan Terengganu FC di Piala AFC musim lalu ini boleh menjadi lawan berkualiti buat skuad kendalian Nidzam Jamil.

Terengganu-FC-v-Central-Coast-Mariners-(4)

Central Coast Mariners bertemu Terengganu dalam peringkat kumpulan Piala AFC musim lalu. — AFC

Dianggap sebagai kelab utama Australia, sekiranya mereka dijemput sudah pasti tumpuan kejohanan ini akan mendapat liputan hingga ke negara tersebut dan ini baik untuk Selangor dan bola sepak Malaysia.

Dengan Selangor bakal beraksi di Asia, mereka perlu menjemput pihak lawan dari pelbagai negara kerana ia akan memberikan pendedahan buat para pemain berdepan pelbagai jenis lawan kejohanan penuh mencabar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram