KUALITI dimiliki skuad muda Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi kerana rata-rata pemain sudah berada di tahap kematangan berbeza.
Antara pasukan yang cukup unggul pastinya skuad Bawah 15 Tahun (B-15) mereka yang kini beraksi dalam Liga Remaja Singapura dengan ia turut disertai beberapa kelab negara lain termasuk dari Eropah.
Selain beberapa kali merekodkan keputusan membanggakan, pasukan kendalian Nazri Yunus itu kini berada di puncak rentetan keputusan positif direkodkan.
Baru-baru ini, JDT B-15 sekali lagi membuktikan kebolehan selepas menundukkan Akademi Barcelona B-15 dengan keputusan 3-0 pada Sabtu.
Kemenangan itu direkodkan dengan persembahan berkualiti daripada pemain, termasuk bintang semakin meningkat, Aqil Shamsul Aswadi yang diturunkan.
BACA LAGI: Masalah brek tidak halang Hafizh Syahrin hadiahkan JDT gelaran sulung ARRC
JDT tidak menunggu lama untuk mengiktiraf bakat dimiliki Aqil. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
BACA LAGI: Kelab milik bekas bintang JDT uji kemampuan Harimau Selatan di Sepanyol
Dia yang sebelum ini tular ketika beraksi secara amatur di sebuah gelanggang sekitar Terengganu mula mencuri nama apabila berada dalam kesebelasan utama.
Penampilan berharganya tersebut menyaksikan orang ramai terus mengangkat namanya sebagai permata baharu JDT yang bakal beraksi dalam skuad utama pada tahun-tahun akan datang.
Berdasarkan video tular pada tahun lalu, Aqil mempamerkan bakat tersendiri apabila mudah melepasi pertahanan lawan dengan gelecekan serta kelincahan di atas padang.
Pemain cilik yang kini berusia 14 tahun itu kemudiannya pantas disambar skuad Harimau Selatan kerana tidak mahu mana-mana kelab tanah air mengikatnya terlebih awal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram