Bek import baharu Sabah diduga bakal jadi 'lubuk' JDT, sukar kekang asakan kelab Liga M


  • Podium
  • Sabtu, 20 Apr 2024

Park Tae-su (dua kiri) antara tonggak Sabah FC yang dijangka akan membantu Sang Badak untuk mengekalkan kedudukan tiga terbaik Liga Super. — Facebook/Sabah FC

KEM Sabah FC pada Khamis menerima khabar gembira selepas Haris Stamboulidis disahkan menjadi import terakhir Sang Badak bagi mengharungi kempen Liga Malaysia 2024/2025 yang akan bermula Mei depan.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak pengurusan Sabah FC berpuas hati terhadap prestasi yang ditunjukkan Stamboulidis sekali gus mempunyai ciri-ciri pemain yang diperlukan bagi memperkukuhkan pasukan kelak.

Melihat kepada kariernya, pemain serba-boleh berkenaan memiliki pengalaman berharga apabila pernah bermain untuk kelab kerdil di Sepanyol, Extremadura.

BACA LAGI: Berjaya pikat hati Kim Swee, Haris Stamboulidis sah import terakhir Sabah FC

Selain itu, struktur fizikalnya yang mencecah 1.86 meter terbabit pasti akan memberi kelebihan buat Sabah FC dalam saingan musim depan.

Namun begitu, seperti yang diketahui pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika ini mengadakan perlawanan pramusim di Sepanyol.

Dalam dua aksi di bumi Sepanyol ketika ini, kelab itu sudah menunjukkan taring dengan meraih kemenangan dalam dua perlawanan.

Harimau Selatan bermula langkah kanan dengan menundukkan kelab divisyen 3, Real Murcia dengan keputusan 3-0 dan berdepan La Nucia (3-1).

Berikutan kemenangan tersebut, import Sabah FC menjadi bualan ramai kerana pernah bermain dalam liga tersebut.

Susulan itu, ramai penyokong seperti meragui kualiti import yang dibawa oleh The Rhinos dalam menghadapi cabaran kelab Liga Super.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan tiga sebab peminat tanah air meragui kemampuan import baharu Sang Badak itu.

BACA LAGI: Diam-diam buat kerja, pengganti Rizal Ghazali sudah tiba di Sabah?

haris

Stamboulidis ketika beraksi di Sepanyol bersama Extremadura. Agensi

1. Kualiti

Meskipun memiliki kelebihan beraksi di bahagian pertahanan dan tengah namun ia bukan mudah untuk memberi cabaran kepada kelab Liga Super yang lain.

Menurut pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, Stamboulidis ketika ini menampilkan prestasi cemerlang dan memenuhi ciri-ciri pemain yang diidamkan oleh The Rhinos.

Melihat kepada transfermarkt.com, Stamboulidis sukar untuk beraksi dengan baik di bahagian tengah dan pertahanan apabila pasukannya tewas dalam setiap perlawanan yang dia mainkan.

Bukan itu sahaja, import baharu Sabah FC tersebut hanya mencatatkan 442 minit permainan sepanjang kariernya selama enam tahun bergelar pemain profesional.

Lebih membimbangkan, berdasarkan data, Stamboulidis hanya tampil dalam 14 perlawanan secara keseluruhan sepanjang tempoh tersebut.

2. Pengalaman

Seperti yang diketahui, Stamboulidis mempunyai pengalaman bermain dalam saingan Liga Sepanyol.

Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini beraksi di kelab bawahan Greece, Veria dengan tiada penampilan direkodkannya sejak menyertai pasukan terbabit.

Melihat kepada pengalaman bermain sebelum ini, pastinya ia akan menyukarkan pemain kelahiran Australia itu untuk mencipta keserasian bersama skuad The Rhinos.

Malah, tiada rekod beraksi sepanjang satu tahun musim lalu antara faktor yang dilihat akan merencatkan corak permainan Stamboulidis itu sendiri.

WhatsApp Image 2024-04-19 at 12.45.02 (1)

Stamboulidis sah menyertai skuad Sang Badak bagi mengisi kekosongan import. — Facebook/Sabah FC

3. Peluang duduk bench tinggi

Melihat kepada rekod terdahulu, Stamboulidis yang kurang diberi peluang untuk beraksi sebagai kesebelasan utama lebih banyak memanaskan bangku simpanan bagi musim 2021/2022.

Bukan itu sahaja, bagi musim 2022/2023, pemain berusia 27 tahun itu hanya diberi peluang sekali sahaja untuk beraksi di atas padang.

Namun begitu, jika melihat kepada transfermarkt.com, kali terakhir pemain berketinggian 1.86 meter itu beraksi di atas padang adalah pada 16/4/2023.

Stamboulidis hanya beraksi selama lima minit sahaja dalam aksi tersebut dan keputusan akhir aksi itu menyaksikan pasukan Mar Menor FC tewas 1-3. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram