PELUMBA JDT Racing Team, Hafizh Syahrin menikmati kejayaan sulungnya sebagai pelumba pasukan tersebut apabila memenangi perlumbaan Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) yang diadakan di Litar Antarabangsa Zhuhai di China.
Walaupun mengalami masalah brek, tetapi Hafizh berjaya menghasilkan persembahan cemerlang dengan memperoleh catatan masa selama 20:24.461.
Selain Hafizh, kedudukan podium turut dikuasai seorang lagi pelumba negara iaitu Azlan Shah Kamaruzaman dari TKKR Racing Team dengan menduduki tangga ketiga dengan catatan masa 20:27.603.
Hafizh menyatakan yang dia amat gembira dengan pencapaian ini terutamanya selepas mendapatkan kedudukan podium untuk dua kali berturut-turut dalam saingan ARRC.
BACA LAGI: Bek import baharu Sabah diduga bakal jadi 'lubuk' JDT, sukar kekang asakan kelab Liga M
Hafizh meraih kedudukan podium keduanya bersama JDT Racing Team. — JDT Racing Team
BACA LAGI: Bola sepak rekreasi: Gerbang penyatuan gender dalam satu padang
Kedudukan podium pertama diraihnya adalah ketika perlumbaan ARRC di Buriram, Thailand yang menyaksikan Azlan menjadi juara pada peringkat itu bulan lalu.
Mantan pelumba MotoGP itu mengakui yang ia bukannya mudah untuk memenangi perlumbaan di saat ia jenteranya mengalami masalah brek.
"Ia bukan mudah untuk mengendalikan perlumbaan kerana pada baki tiga pusingan, saya ada masalah untuk menghentikan jentera saya.
"Jentera saya mempunyai banyak bergoyang apabila saya menekan brek seperti saya sedang menunggang kuda.
"Kami cuba untuk menambah baik untuk mendapatkan kestabilan ketika sesi pemanas badan supaya kita dapat beraksi lebih baik ketika perlumbaan," kata Hafizh.
Melengkapkan podium adalah pelumba dari Indonesia iaitu Andi Farid Izdihar (Honda Asia-Dream Racing) yang menduduki tangga kedua dengan catatan masa 20:25.215. — THE STAR/LIM TEIK HUAT
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram