[VIDEO] Taktik bijak jurulatih beregu guna Bahasa Melayu berjaya kelirukan gandingan China


  • Podium
  • Ahad, 14 Apr 2024

Taktik bijak dilakukan beregu negara berjaya tumpaskan wakil China. — Agensi

DALAM setiap sukan, semuanya bergantung kepada taktikal untuk memperoleh kejayaan. Tak kira sama ada bola sepak, hoki atau pun acara berbasikal, taktikal amat penting untuk seseorang itu menang.

Begitu juga dengan badminton, ia memerlukan pemdekatan taktikal yang mantap bagi menewaskan pihak lawan.

Setiap inci dalam pendekatan taktikal pastinya menjadi perhatian dalam setiap pemain untuk memastikan mereka berjaya memperoleh kemenangan dalam perlawanan badminton.

Perincian taktikal itu dapat dilihat dalam gandingan beregu Malaysia apabila penggunaan bahasa berbeza dalam membantu mengelirukan pihak lawan.

Umum mengetahui, sukan badminton didominasi oleh pemain berbangsa Cina. Namun begitu, itu tidak menghalang mereka daripada mengutamakan bahasa kebangsaan walaupun sedang beraksi di gelanggang.

Dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) melibatkan wakil negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada Jumaat.

Merupakan beregu pilihan keempat kejohanan, Aaron-Wooi Yik tidak mempunyai masalah untuk menyingkirkan gandingan China itu dengan keputusan 21-14, 21-15.

BACA LAGI: Wilmar Jordan beri hint ucap selamat tinggal, semoga tak jadi jelmaan Obiozor bila ke Perak

BACA LAGI: Jangan harap Selangor saja, 3 lagi team mampu calar ego JDT

Kemenangan itu mungkin bergantung kepada kepintaran taktikal yang dibawa ketika beraksi. Dalam satu rakaman tular di laman X (Twitter), jurulatih beregu negara yang juga berbangsa Cina iaitu Tan Bin Sheng dilihat memberikan arahan dalam bahasa Melayu kepada Aaron-Wooi Yik.

“Aaron, Aaron, sini terlalu banyak bola (diberikan), terlalu banyak bola. Bagi dia (pukulan) kuat,” kata Bin Sheng kepada beregu tersebut.

Pemilihan bahasa Melayu adalah untuk mengelirukan gandingan China supaya mereka tidak memahami apa yang dibincangkan.

Taktikal tersebut nyata membuahkan hasil apabila Aaron-Wooi Yik berjaya mara ke separuh akhir. Namun begitu, taktikal itu tak dilakukan ketika menjadi semifinalis kerana mereka berdepan rakan senegara iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzudin.

Malah, perjalanan mereka berakhir di peringkat tersebut apabila kalah 14-21, 18-21. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram