Ivan Mamut tak anggap Akinade 'pengacau' posisinya sebagai penyerang utama TFC


  • Podium
  • Jumaat, 12 Apr 2024

Akinade (tengah) merupakan penggempur baharu Terengganu. — Terengganu FC

KEHADIRAN muka baharu terutamanya penyerang Ismaheel Akinade tidak menganggu fokus Ivan Mamut untuk membawa kejayaan buat Terengganu FC.

Merupakan pemain yang mempunyai persamaan dari segi role iaitu sebagai target man, Mamut tidak risau tempatnya akan dicuri oleh Akinade sebagai penyerang utama Terengganu musim ini.

Daripada dia menanggap Akinade sebagai pesaing, Mamut memilih untuk menganggap pemain itu sebagai pelengkap kepada skuad Terengganu. Katanya, kehadiran Akinade akan menbantu dari segi squad depth bagi mengharungi musim panjang.

"Setiap kelab di dunia memiliki dua penyerang yang merebut posisi," kata Mamut menerusi Stadium Astro.

"Saya fikir dia seorang pemain yang bagus dan kami juga memerlukan dua penyerang kerana ada banyak perlawanan dalam semusim, di mana kami akan bermain di peringkat Asia dan Liga Super."

BACA LAGI: ‘Jangan buat pala senior’, Syamer Kutty diingat terus ‘behave’ lepas pulang ke negeri kelahiran

434678684_412604384814335_1363607446578913643_n

Ivan Mamut (kiri) tak gusar dengan kehadiran Ismaheel Akinade. — Terengganu FC

BACA LAGI: ‘Penghibur team si Mael ni’, import TFC tak ketinggalan buat trend Alamak Raya Lagi!

Musim ini menyaksikan Terengganu sekali lagi terlibat dalam kejohanan bola sepak antarabangsa sebagai wakil Malaysia. Selain daripada tugasan domestik di Liga Super, skuad Penyu akan mewakili negara di Kejohanan Bola Sepak Asean (ACC).

Selain Terengganu, Kuala Lumpur City FC turut menjadi wakil negara di kejohanan tersebut.

Sejak menyertai Terengganu pada awal musim, Akinade telah menunjukkan kualitinya sebagai pemain walaupun pada mulanya kehadirannya diragui penyokong.

Sumbangan hatrik ketika aksi persahabatan berdepan PDRM FC menyaksikan yang dia serius untuk memberikan persembahan cemerlang kepada Tomislav Steinbruckner.

Untuk Mamut yang menjaringkan 22 gol buat Terengganu musim lalu, dia berasakan Akinade akan memberikan dorongan kepadanya secara dalam diam untuk beraksi lebih baik.

Dengan adanya dua penyerang bersifat penyerang utama, pastinya Mamut dan Akinade akan berusaha sesama sendiri untuk menjadi pemain lebih baik sekali gus memberikan manfaat kepada Terengganu.

"Kami perlu menunjukkan siapa yang lebih bagus dan lebih layak bermain. Ia boleh menjadi sesuatu yang bagus kerana kami boleh mendorong sesama sendiri," ujar Mamut.

Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, Mamut, Akinade dan Terengganu akan turun menentang Penang FC, Kedah Darul Aman FC serta Terengganu II untuk memanaskan lagi 'enjin' pasukan sebelum musim baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram