Selangor cuba pujuk Dickson Nwakaeme, ‘hijack’ perpindahan adik ke Sri Pahang


  • Podium
  • Ahad, 14 Apr 2024

Anthony dijangka menyambung legasi keluarga Nwakaeme di Sri Pahang. — Agensi

SUATU ketika dahulu, kelab Liga Super, Sri Pahang FC mempunyai penyerang yang cukup hebat iaitu Dickson Nwakame.

Penyerang import dari Nigeria itu banyak membantu Sri Pahang untuk mencapai kejayaan terutamanya pada pertengahan era 2010-an. Gandingannya bersama-sama seorang lagi pemain import, Matias Conti membuatkan Tok Gajah cukup ampuh waktu itu.

Tapi itu cerita sedekad lalu, kini Nwakaeme tidak lagi bersama-sama Sri Pahang. Namun begitu, itu tidak menghalang pemain tersebut untuk terus berbakti buat bekas kelabnya itu.

Kini, Nwakaeme dilihat mahu membantu kelab itu kembali ke puncak kejayaan membantu Sri Pahang mendapatkan khidmat adiknya sebagai sebahagian daripada barisan pemain import Tok Gajah musim ini.

Nwakaeme dikatakan ingin membawa adiknya iaitu Anthony ke Sri Pahang, pemain sayap kanan itu kini sedang beraksi di bersama-sama kelab Arab Saudi iaitu Al-Fayha.

“Bersama adik saya, dalam proses untuk membawa Anthony Nwakaeme ke Sri Pahang,” kata bekas penyerang itu di media sosialnya.

BACA LAGI: Belum sampai Perak lagi, tapi import Seladang siap-siap 'follow' 2 tulang belakang TBG

F-W2caPXYAAU6_t2_111049

Anthony Nwakaeme kini sedang beraksi bersama Al-Fayha di Arab Saudi. — Agensi

BACA LAGI: Jangan harap Selangor saja, 3 lagi team mampu calar ego JDT

Namun begitu, perpindahan tersebut dilihat mungkin berpotensi untuk tidak berjalan lancar seperti diharapkan ke Pantai Timur.

Hal ini kerana, perpindahan tersebut berpotensi untuk dipintas oleh sebuah kelab Lembah Klang yang turut sedang mencari seorang lagi pemain import.

Selangor FC disebut-sebut untuk cuba memintas perpindahan tersebut dengan Anthony diharap dapat menguatkan lagi barisan serangan Gergasi Merah sedia ada.

Jika Anthony berjaya dibawa, ia akan memberikan nilai tambah kepada skuad sedia ada kerana Selangor sudah mempunyai Alvin Fortes, Faisal Halim serta Danial Asri sebagai pemain sayap.

Ditambah pula dengan jadual Selangor yang bakal padat kerana penglibatan mereka dalam bola sepak Asia, pastinya ia mampu menarik Anthony pergi ke Lembah Klang berbanding Pantai Timur.

Akan tetapi dengan usianya kini mencecah 35 tahun, mungkin Selangor tidak terlalu menfokuskan usaha mereka mendapatkan pemain tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram