Ganarcho lancar ‘serangan halus’ balas kritikan ten Hag, mungkin senasib Sancho


  • Podium
  • Ahad, 14 Apr 2024

Ganarcho digantikan pada waktu rehat selepas beraksi buruk di separuh masa pertama berdepan Bournemouth. — Agensi

MUSIM Manchester United terus bergelora terutamanya dalam misi mereka mendapatkan kedudukan tempat empat teratas English Premier League (EPL) yang membolehkan kelab itu beraksi di UEFA Champions League (UCL) pada musim depan.

Cabaran untuk mengejar kedudukan tersebut mengalami kesukaran apabila United hanya mampu seri berdepan Bournemouth di tempat lawan dengan keputusan 2-2.

Dalam aksi yang diadakan pada Sabtu, United terpaksa bangkit dua kali selepas ditinggalkan oleh jaringan Dominic Solanke serta Justin Kluviert. Dua gol Bruno Fernandes berjaya mengheret United untuk mengikat The Cherries sekali gus mengelak daripada tewas.

Namun begitu, di sebalik keputusan seri itu, timbul drama baharu dalam kelab tersebut melibatkan pemain dan pengurus iaitu Erik ten Hag.

Hal ini kerana, selepas perlawanan pengurus tersebut menjadikan penyerangnya, Alejandro Ganarcho sebagai punca kepada kegagalan United menewaskan Bournemouth.

Pengurus itu nyata tidak berpuas hati dengan persembahan Ganarcho hinggakan bertindak drastik mengeluarkan pemain tersebut pada rehat separuh masa dan memasukkan Amad Diallo sebagai pengganti. Selepas perlawanan, Ten Hag terus mengkritik persembahan Ganarcho.

BACA LAGI: Jangan harap Selangor saja, 3 lagi team mampu calar ego JDT

GLEjlOiXQAAp8FA

Ganarcho memberikan tanda 'like' kepada ciapan Goldbridge. — X/@aganarcho7

BACA LAGI: Lepas lama tersisih, Ikhwan Yazek ada misi tersendiri bersama skuad Jang

"Ganarcho tidak berlatih pada minggu ini, cuma pada Jumaat. Kami menyangka (dia) akan membawa tenaga dan lebih banyak kualiti. Kualiti yang dimaksudkan adalah kerjasama dan kebersamaan di posisi sebelah kanan.

"Jika anda saksikan gol pertama (Bournemouth), cara ia dicipta itu baik tetapi bola tidak sepatutnya hilang di posisi tersebut. Di separuh masa pertama, kami ada masalah di posisi tersebut dan kami baikinya pada waktu rehat," kata Ten Hag.

Komen diberikan Ten Hag itu nyata tidak disenangi oleh Ganarcho yang berasakan pengurus itu cuma menyalahkan dia kepada kegagalan United mendapatkan tiga mata.

Di media sosial, pemain tersebut secara terbuka meninggalkan tanda 'like' pada ciapan yang mengkritik komen Ten Hag yang menyalahkan pemain tersebut. Ganarcho nyata bersetuju dengan pendapat oleh seorang penyokong United terkenal iaitu Mark Goldbridge berkenaan tindakan pengurus dari Belanda tersebut.

"Ganarcho telah menjadi salah seorang pemain terbaik United musim ini. Beraksi buruk pada separuh masa pertama dan kemudiannya menggantikannya pada waktu rehat serta menyalahkannya adalah satu tindakan mengarut. Ada ramai lagi pemain yang beraksi lagi teruk pada setiap minggu tetapi masih diberikan peluang bermain.

"Ten Hag secara halus menyalahkan Ganarcho dalam sidang media selepas perlawanan. Bukan tindakan bijak untuk jadikan pemain berusia 19 tahun yang banyak berjasa kepada anda sebagai kambing hitam. Jelas sekali, dia takut untuk mengecam pemain yang bergaji tinggi di kelab," kata Goldbrigde.

Situasi ini nyata serupa dengan isu yang berlaku antara Ten Hag dengan Jadon Sancho yang menyaksikan pemain tersebut dipinjam keluar ke Borussia Dortmund.

Jika ia gagal diatasi dengan baik, berkemungkinan Ganarcho berpeluang menerima nasib sama atau Ten Hang dipecat oleh pengurusan tertinggi United. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram