MENJELANG pembukaan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 Mei nanti, pastinya setiap pasukan sudah membuat persiapan yang rapi untuk menghuni tangga terbaik terutamanya Liga Super.
Melihat kepada perkembangan semasa ketika ini, setiap pasukan Liga Super sudah pun membawa masuk beberapa wajah baharu untuk memperkuatkan jentera serangan dan pertahanan kelab masing-masing.
Meskipun di atas kertas sudah tahu pasukan mana yang akan menguasai kejohanan yang dipertandingkan, pastinya setiap kelab masih mahu memberikan cabaran kepada skuad tersebut.
Sebut sahaja nama Johor Darul Ta'zim (JDT) pastinya setiap kelab atau penyokong mengetahui kekuatan yang dimiliki oleh pasukan kendalian Hector Bidoglio itu.
Bercakap mengenai musuh tradisi skuad Harimau Selatan, Selangor FC antara pasukan yang sering menjadi sebutan sebagai seteru utama JDT.
Dalam pada itu, analisis Majoriti kali ini akan membicarakan mengenai kelebihan kelab lain yang dijangka berpeluang untuk memberi cabaran kepada JDT.
BACA LAGI: Kelibat Azam Azmi beri petanda baik
Skuad Sang Penyu dijangka berpotensi untuk memberi cabaran kepada Harimau Selatan. — Facebook/TFC
1) Terengganu FC (TFC)
Nama Terengganu FC antara yang tidak asing dalam Liga M. Ia kerana TFC menjadi pasukan yang dilihat mempunyai peningkatan drastik.
Jika melihat kepada kedudukan Liga Super 2023, di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner itu, Terengganu antara pasukan yang berada dalam kelompok lima terbaik.
Bukan itu sahaja, Sang Penyu pernah mengejutkan kancah bola sepak tanah air selepas muncul finalis aksi Piala Malaysia 2023 bertemu JDT.
Meskipun tewas 1-3 dalam perlawanan tersebut namun ia tidak melunturkan semangat skuad Sang Penyu untuk merebut kembali peluang ke pentas akhir aksi tersebut.
Di samping itu, Terengganu kini diperkuatkan dengan kehadiran beberapa wajah baharu yang pastikan akan merancakkan saingan Liga M musim depan.
Antara wajah baharu yang diperkenalkan musim ini ialah duo dari JDT, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid di samping bintang import seperti Matthew Steenvoorde, Ismahil Akinade dan Manuel Ott.
Dengan duo JDT tersebut boleh diturunkan beraksi berdepan Harimau Selatan, pastinya ia akan memberi kelegaan kepada Steinbruckner untuk menggunakan khidmat kedua-dua pemain tersebut.
Skuad Tok Gajah juga dilihat enggan tunduk dengan JDT. — Facebook/Sripahangfc
2) Sri Pahang FC
Sri Pahang FC menjadi satu-satunya pasukan yang memegang rekod sebagai kelab sukar ditembusi ketika pusingan pertama Liga Super 2023.
Kebangkitan luar biasa yang ditunjukkan oleh skuad kendalian Fandi Ahmad itu dijangka akan berulang kembali dalam kempen Liga Super musim ini.
Peningkatan itu dapat dilihat selepas Fandi Ahmad mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih Tok Gajah bagi musim 2023.
Sentuhan Fandi Ahmad nyata membuahkan hasil apabila pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu berjaya menghuni tangga keempat Liga Super.
Fandi yang sebelum ini menggalas tugas sebagai Penasihat Teknikal dilantik menjadi pengendali skuad Tok Gajah berikutan pengalamannya dalam liga.
Ketika ini, skuad kendalian Fandi Ahmad itu sudah membawa masuk tiga bintang import antaranya Mykola Ahapov, Manuel Hidalgo dan Aleksander Cvetkovic.
Diam-diam ubi berisi, The Cats dijangka berpeluang untuk menjinakkan JDT. — Facebook/Kuchingcityfc
BACA LAGI: Bengang kereta pengurus Perak kena pecah, fans Seladang balas dendam sembur cat bas JDT
3) Kuching City FC (KUFC)
Kuching City FC boleh dikatakan antara kelab underrated yang diam-diam sudah mempunyai rancangan tersendiri untuk menambah baik mutu pasukan supaya dapat memberi saingan sengit kepada pesaing Liga Super lain.
Meskipun berpangkalan di Borneo, The Cats nyata enggan dipandang rendah oleh kelab-kelab gergasi Liga Super.
Peningkatan yang cemerlang di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak itu membuahkan hasil selepas mudah menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC di peringkat suku akhir dan Kelantan United di separuh akhir sekali gus muncul naib juara Piala Cabaran MFL 2023.
Bukan itu sahaja, kerancakan membawa masuk pemain baharu antara perkara positif yang sedang dibuat oleh Aidil Sharin dalam memastikan pasukan bimbingannya berada di landasan tepat untuk musim baharu ini.
Tchetche Kipre, Jordan Mintah, James Okwuosa, Petrus Shitembi dan Keanu Marsh-Brown antara bintang import yang berjaya masuk dalam skuad Aidil Sharin. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram