Tak datang suka-suka, giliran Sri Pahang teruskan momentum Perak, buktikan kelab Liga Super bukan calang-calang


  • Podium
  • Ahad, 14 Apr 2024

Skuad Tok Gajah mahu mengadakan aksi pramusim untuk membentuk kecergasan pemain. — Facebook/Sri Pahang FC

PERSIAPAN Sri Pahang FC diteruskan apabila mereka dilaporkan bakal memulakan sesi pramusim di Singapura untuk membantu pemain mendapatkan tahap kecergasan terbaik.

Setakat ini, mereka hanya berdepan pasukan belia dan amatur meskipun sudah kira-kira tiga bulan mengadakan latihan berpusat dengan pemain baharu turut menyertainya.

Jadi, untuk melangkah ke tahap lebih tinggi, kelab Pantai Timur itu pasti akan menjalani aksi persahabatan berdepan pasukan lebih berprestij yang mampu memberi cabaran.

Berdasarkan ciapan di akaun X Twt Bola Pahang, skuad kendalian Fandi Ahmad tersebut sudah memilih dua lawan yang beraksi di Liga Perdana Singapura, Geylang International dan Albirex Niigata.

BACA LAGI: Tonggak HM puas raih gol sulung aksi musim 2023 bersama Sri Pahang

431406166_18422816800031124_51950938291666329_n

Skuad Tok Gajah sudah memulakan sesi latihan berpusat beberapa bulan lalu. — Facebook/Sri Pahang FC

"Pahang akan ke Kota Singa untuk bertapa selama 5 hari sebelum Liga Malaysia bermula bulan depan. Turut diikuti dengan dua perlawanan persahabatan," tulisnya.

Keputusan untuk ke Singapura itu pasti menerima respons baik daripada peminat skuad Tok Gajah kerana ia sedikit sebanyak dapat memberi semangat buat pemain.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga beranggapan langkah tersebut cukup bermakna kerana kedua-dua kelab Singapura itu sebelum ini mengadakan aksi persahabatan menentang Perak FC, sekali gus memastikan betapa Sri Pahang juga bukan calang-calang.

Dalam aksi-aksi berkenaan, skuad The Bos Gaurus (TBG) meraih kemenangan selesa apabila membenam Geylang International 3-0 sebelum menewaskan Albirex Niigata 3-1.

BACA LAGI: Berdepan musim baharu, Sri Pahang FC perlu kekal 5 pemain import

432788094_425721816674866_1310303601509271350_n

Skuad TBG turut berdepan Geylang International untuk aksi pramusim Mac lalu. Facebook/Perak FC

Skor dicatatkan tersebut sudah tentu membawa keriangan buat penyokong Perak FC yang turut bergembira akan persiapan dibuat pihak pengurusan menjelang musim baharu.

Sepanjang tempoh pramusim, skuad Tok Gajah sudah membuat rombakan besar-besaran apabila membawa masuk wajah baharu demi menggantikan pemain yang sudah membawa haluan masing-masing.

Bek tengah kelahiran Serbia, Aleksandar Cvetkovic dan bekas tonggak Negeri Sembilan FC, Sean Selvaraj merupakan antara nama besar yang disambar kerana masing-masing sesuai dengan taktikal Fandi Ahmad.

Persiapan berkenaan sudah tentu menghangatkan musim Sri Pahang FC yang bakal memulakan aksi Liga Super 2024/25 menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di laman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram