Rekod disiplin tak cantik paksa Kedah fikir semula sebelum kembali 'sign' Renan Alves


  • Podium
  • Isnin, 15 Apr 2024

Kedah dilaporkan sedia mendapatkan semula Renan Alves (tengah). — Agensi

KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC berpotensi untuk bersatu semula dengan bekas pertahanan mereka iaitu Renan Alves.

Sebelum ini, pertahanan sasa dari Brazil itu pernah berkhidmat bersama-sama Kedah untuk beberapa musim sebelum meninggalkan kelab itu pada 2022.

Dengan musim baharu bakal bermula pada Mei, masih ada masa bagi Kedah cuba membawa semula Alves bagi mengisi kekosongan di bahagian pertahanan tengah yang diisi Bojan Ciger tahun lalu.

Dalam analisis ringkas Majoriti, kita akan meneroka setiap kemungkinan seandainya Alves kembali menyarung jersi Sang Kenari. Adakah ia baik atau tidak untuk Kedah?

1. Muka lama, tiada masalah

Kepulangan Alves akan memudahkan kedua-dua pihak kerana dia sudah biasa dengan persekitaran Stadium Darul Aman serta jangkaan daripada penyokong mereka.

Sudah pasti, tidak banyak masa untuK Alves perlukan bagi menyesuaikan dirinya di Kedah serta bola sepak Malaysia kerana dia pernah mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Super.

Namun begitu, Alves perlu membiasakan diri dengan taktikal yang berbeza dibawa oleh Nafuzi Zain. Sebelum ini, Alves bermain di bawah kendalian Aidil Sharin yang sudah bersama Kuching City FC.

Kepulangan Alves pastinya disambut semula oleh penyokong Kedah. Namun begitu, dia mesti memberikan persembahan terbaik buat penyokong Sang Kenari untuk menambat hati mereka.

BACA LAGI: 'Hide' segala kenangan, Renan Alves sudah mula lupakan Sang Kenari?

ked25_BHfield_image_socialmedia.var_1611569645

Alves dijangka tiada masalah sesuaikan diri dengan bola sepak Malaysia. — Kedah Darul Aman FC

2. Import recycle lagi?

Jika Alves kembali, ia berkemungkinan menghasilkan reaksi bercampur baur daripada penyokong. Namun begitu, dijangka reaksi negatif akan lebih besar daripada positif.

Hal ini kerana, dengan kepulangan Alves ia bermaksud Kedah hanya mampu mengambil pemain import kitar semula atau recycle dan ini mungkin tidak disenangi oleh penyokong Sang Kenari.

Ditambah pula dengan prestasi Alves yang tidak konsisten ketika bermain untuk Kedah sebelum ini pasti akan menjemput komen-komen negatif daripada penyokong.

Berbeza dengan kepulangan semula Dickson Nwakaeme ke Sri Pahang FC pada 2019, reaksi itu berlainan kerana jasa diberikan pemain itu kepada Tok Gajah pada khidmat pertama hingga mereka berjaya membawa pulang pelbagai piala.

BACA LAGI: [VIDEO] Taktik bijak jurulatih beregu guna Bahasa Melayu berjaya kelirukan gandingan China

56998315_2451692928196503_5704646605601243136_n

Kepulangan Alves mungkin menimbulkan reaksi pelbagai daripada penyokong. — Kedah FA

3. Tabiat sering menyusahkan pasukan

Dari segi kualiti teknikal sebagai pemain bola sepak, tidak dapat dinafikan yang Alves merupakan pertahanan tengah yang baik.

Namun begitu, terdapat satu kelemahan besar yang dimiliki pemain ini iaitu Alves sering tidak mampu memberikan persembahan terbaik ketika perlawanan penting. Pada waktu itu, dia akan 'hilang' dan tidak mampu beraksi cemerlang seperti biasa.

Lebih teruk, Alves mempunyai isu sering mendapatkan kad merah ketika beraksi. Kerana itu, ia telah menyusahkan seluruh skuadnya terpaksa bermain dengan 10 orang di padang.

Jika Kedah benar-benar inginkan khidmatnya, mereka perlu berfikir dua kali mengenai tabiat Alves ini. Jika tidak diatasi dengan baik, Kedah juga akan mengalami masalah kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram